ENCIK NASRI SMK BANTING

Kata Nama Am


1. Kata nama am merupakan perkataan yang merujuk kepada orang, binatang, benda atau tempat secara am atau secara umum.

2. Kata nama am terbahagi kepada dua jenis, iaitu:
a. Kata nama am abstrak
b. Kata nama am konkrit

a. Kata nama am abstrak merupakan nama sesuatu yang hanya dibayangkan sebagai ada dalam fikiran atau khayalan, misalnya:

mimpi, diktator, kehendak
sengsara, idaman, perhimpunan


b. Kata nama am konkrit merupakan nama sesuatu yang dapat dilihat atau dapat dipegang dan dapat dirasaken kewujudannnya, misalnya:

danau, guru, awan
kucing, titi, asap

3. Berikut diberikan beberapa contoh penggunaan kata nama am dalam ayat;

i. Kereta itu berwarna hitam.

ii. Ular itu sedang membelit mangsanya.

iii. Pelajar itu sedang mengulankaji pelajaran.

iv. Bapa Ahmad bersolat di surau.

Karangan Umum


1. Soalan Bahagian B dalam Kertas 1 Bahasa Melayu SPM

2. Markah yang diperuntukan sebanyak 100 markah

3. Perlu disiapkan dalam masa 90 minit.

4. Panjang karangan perlu melebihi 350 patah kata.


Maklumat Penting Karangan Umum

1. Tajuk karangan meliputi dimensi diri, keluarga, masyarakat, negara dan antarabangsa.

2. Soalan kelima dalam bahagian ini berkaitan dengan karangan berunsur sastera.

3. Calon perlu menguasai tema-tema yang berkaitan dengan penulisan karangan umum.

4. Calon hendaklah memahami kehendak soalan.

5. Idea-idea yang dikemukakan perlulah relevan dengan tugasan/kehendak soalan.

6. Calon mengemukakan minimum TIGA idea utama yang dihuraikan dan disokong dengan contoh yang sesuai.

7. Terdapat karangan yang berformat khusus dan tidak berformat.

8. Karangan mengandungi tiga aspek, iaitu pendahuluan, isi dan penutup.

9. Karangan perlu mempunyai TUJUH perenggan dengan anggaran setiap perenggan mempunyai 50 patah perkataan, meliputi:

a. Perenggan 1 - Pendahuluan
b. Perenggan 2 hingga 6 - Isi
c. Perenggan 7 - Penutup

10. Sila link ke bahagian-bahagian berikut untuk keterangan seterusnya:

a. Jenis-jenis karangan

b. Pemerengganan karangan

c. Penulisan pendahuluan karangan

d. Penulisan isi-isi karangan

e. Penulisan penutup karangan

Jenis-jenis Karangan

Karangan umum terdiri daripada karangan berformat dan tidak berformat.


Karangan Berformat

Karangan dalam bahagian ini terdiri daripada syarahan, ucapan, ceramah, perbahasan, rencana, laporan, surat kiriman rasmi, surat kiriman tidak rasmi, wawancara, ulasan buku, cerpen dan drama.

Setiap bentuk karangan ini mempunyai ciri-ciri tersendiri, seperti berikut:

1. Perbahasan, ceramah, syarahan, ucapan
(menghadap majlis/kata alu-aluan, penghargaan kepada audien seperti ucapan tuan-tuan dan puan-puan, penutup)

2. Surat kiriman rasmi
(nama dan alamat pengirim, nama dan alamat penerima, tarikh, menghadap surat, tajuk, tandatangan)

3. Rencana, laporan, cerpen
(tajuk, nama penulis)

4. Wawancara
(pendahuluan, berbentuk dialog)

5. Ulasan buku
(judul buku, nama penulis, nama penerbit, nama pengulas)

6. Skrip drama
(judul drama, nama penulis, latar tempat/masa, dialog)


Karangan Tidak Berformat

Karangan tidak berformat merangkumi kategori penulisan yang berikut, iaitu perbincangan/bincangkan, perbahasan/bahaskan, ulasan, komen, fakta, pendapat, penjelasan/jelaskan, cadangan, gambaran/imaginasi.

Memisahkan Ayat

1. Memisahkan ayat yang mempunyai dua subjek

Ali dan Ahmad pergi ke kedai.
Ali pergi ke kedai.
Ahmad pergi ke kedai.

2. Memisahkan ayat yang mempunyai dua predikat.

Bangunan itu dibina untuk menyimpan kahazanah negara dan peralatan istana.
Bangunan itu dibina untuk menyimpan khazanah negara.
Bangunan itu dibina untuk menyimpan peralatan istana.
3. Memisahkan ayat yang mempunyai dua subjek dan dua predikat
Ali dan Ahmad pergi ke kedai dan makan nasi.
Ali pergi ke kedai.
Ali makan nasi.
Ahmad pergi kedai.
Ahmad makan nasi.

Menukar Cakap Ajuk Kepada Cakap Pindah

1. Anda perlu menukarkan kata ganti diri,masa,dan tempat kepada bentuk kata diri ganti yang sesuai dalam dialog. Kata ganti diri "saya"ditukar menjadi "dia","kami"menjadi "mereka","di sini"menjadi "di sana","masa ini"menjadi "masa itu".

2. Pastikan tidak ada isi yang ditambah atau yang ditinggalkan ketika menukarkan perbualan.

3. Kata seru (!) seperti cis, amboi, aduh dan sebagainya hendaklah ditukar menjadi frasa mengikut konteks ayat. Ccontoh: "Cis"- dengan marah,"Eh"- dengan hairan,"Aduh"- sambil mengerang kesakitan.

4. Struktur ayat perlu betul, pengolahan hendaklah baik mengikut susunan teks asal dan lancar.

5. Ayat perintah ditukat kepada frasa yang sesuai. Contoh: "Jangan" - melarang, "Sila masuk" - menjemput.

6. Penggunaan kata singkatan mesti ditukar kepada perkataan yang lengkap seperti "nak" menjadi "hendak", "mak" menjadi "emak", "dah" menjadi "sudah", "mau" menjadi "mahu".

7. Perkataan bahasa Arab seperti "alhamdulillah" ditukar kepada maksud ayat, iaitu "mengucap syukur".

8. Unsur-unsur slanga dan dialek hendaklah dibuang dan ditukar kepada bahasa baku, contohnya "jom" menjadi "mengajak", "satsat" menjadi "sebentar" dan "bergebang" menjadi "berbual kosong".

9. Jangan mencampuradukkan bentuk cakap ajuk dan cakap pindah sekali gus.

10. Elakkan kesalahan tatabahasa, tanda baca, ejaan dan penggunaan kata.



Latihan

Tukarkan petikan berikut ke dalam bentuk karangan biasa menggunakan cakap pindah.

Asmadi: Bila kaupulang dari luar negeri?
Maria: Dah seminggu dah, kau macam mana. Masih tinggal di kampung ni ke?
Asmadi: Begitulah, Maria, aku ni tak pandai macam kau. Jadi tempat aku di sini sajalah.
Maria: Tak apalah, Madi. Di mana-mana pun ada rezeki asalkan kita rajin. Lagipun aku dengar kau dah ada perniagaan sendiri sekarang.
Asmadi: Aku setuju dengan pandangan kau tu. Perniagaan aku tu, kecil-kecilan saja.
Maria: Baguslah, walaupun kecil aku bangga dengan usaha kau.
Asmadi: Terima kasih.

Skema Jawapan


Asamadi menanyakan Maria tentang kepulangannya dari luar negera. Maria menjelaskan bahawa sudah seminggu dia pulang. Maria seterusnya menanyakan khabar Asmadi serta ingin penjelasan sama ada dia masih tinggal di kampung itu atau tidak. Asmadi mengiakan sahaja pertanyaan Maria sambil dengan rendah diri mengakui bahawa dia tidak pandai seperti Maria, justeru kampunglah menjadi tempat tinggalnya. Walau bagaimanapun Maria memujuk Asmadi dengan mengatakan bahawa rezeki ada di mana-mana sahaja asalkan mereka rajin. Maria juga menjelaskan bahawa dia tahu yang Asmadi kini telah mempunyai perniagaannya sendiri. Asmadi bersetuju dengan pendapat Maria itu dan menyatakan bahawa perniagaannya hanya secara kecil-kecilan. Maria memuji usaha Asmadi walaupun perniagaan cuma kecil-kecilan. Asmadi membalas pujian Maria dengan mengucapkan terima kasih.

Menukar Cakap Pindah Kepada Cakap Ajuk

Cakap ajuk boleh ditulis dalam dua cara:
(a) Ayat bentuk dialog dengan pengunaan tanda pengikat kata ("...").
(b) Ayat bentuk dialog yang tersusun mengikut turutan penutur. Nama penutur ditulis pada sebelah kiri sahaja. Tidak perlu tanda pengikat kata.
1 Anda perlu menukarkan kata ganti diri, masa dan tempat kepada bentuk kata diri ganti yang sesuai dalam ayat. Kata ganti diti "dia" ditukar menjadi "saya", "aku" menjadi nama seseorang, "mereka" menjadi "kami", "disana,disitu" menjadi "disini", "masa itu" menjadi "masa ini".
2 Pastikan tidak ada isi yang ditambah atau yang ditinggalkan ketika menukarkan dialog.
3 Anda perlu menulis tanda soal (?), dan tanda seru (!) dalam ayat yang ditukar. Frasa kata seru hendaklah ditukar dengan kata seru yang sesuai seperti "wah", "memuji ", "Aduh", "menyatakan sakit atau mengaduh" dan sebagainya.
4 Pengunaan kata singkatan boleh digunakan seperti "nak" untuk "hendak", "mak" untuk "emak", "dah" untuk "sudah", "mau" untuk "mahu".
5 Perkataan bahasa Arab seperti alhamdulillah, astaufirrullah, lahaulawala kuwataila dan sebagainya boleh digunakan. Sebagai contoh, "alhamdulillah" bagi "mengucap syukur", lahaulawala kuwatailla" bagi "mengucap panjang".
6 Unsur-unsur slanga dan dialek boleh digunakan. Sebagai contoh "jom" untuk "mengajak", "satsat" untuk "sebentar", "bergebang" untuk "berbual kosong".
7 Anda boleh menambah imbuhan pada kata-kata yang sesuai agar menjadi ayat yang lengkap.
8 Jangan mencampuradukkan bentuk cakap pindah dan cakap ajuk sekali gus. Elakkan kesalahan tatabahasa, tanda baca, ejaan dan penggunaan kata.
9 Jangan mengubah maksud dan struktur ayat asal.

Soalan Latihan

Tukarkan cakap pindah di bawah kepada cakap ajuk dengan mengekalkan maksud asalnya. Gunakan bahasa yang gramatis.

Amir menerangkan kepada Hazmi bahawa giginya sakit sejak semalamnya. Hazmi menyuruh Amir bersegera ke klinik gigi. Amir memberitahu bahawa dia takut sekira giginya dicabut. Hazmi menjelaskan kepada Amir agar tidak takut giginya akan dicabut kerana sekiranya kerosakan giginya besar sahaja barulah akan dicabut. Amir bertanya kepada Hazmi jika ada cara lain. Amir memberitahu sekiranya akar gigi Amir masih kuat doktor hanya menampal lubang pada gigi Amir. Amir berseruju untuk ke klinik gigi pada masa itu juga.


Jawapan


"Gigi aku sakit sejak semalam," terang Amir kepada Hazmi.
"Baik kamu cepat ke klinik gigi," beritahu Hazmi.
"Aku takutlah, nanti gigi aku kena cabut," balas Amir.
"Alah jangan kamu jangan takut, kalau rosak banyak barulah dicabut," jelas Hazmi.
"Selain kena cabut, ada tak cara lain?" tanya Amir.
"Kalau akar gigi kamu masih kuat doktor tidak cabut tetapi dia hanya tampal lubang pada gigi kamu sahaja," beritahu Hazmi,
"Jika begitu, biarlah aku ke klinik gigi sekarang," jawab Amir.

Bidalan


1. Bidalan ialah peribahasa yang berfungsi sebagai nasihat dan memberipengajaran.
2. Biasanya bidalan membawa maksud selapis sahaja.
Bidalan
Maksud
Sediakan payung sebelum hujan
Hendaklah beringat sebelum mendapat kesusahan
Membuang garam ke laut
Membuat kerja yang sia-sia
Melepaskan batuk di tangga
Melakukan kerja dengan sambil lewa

Pepatah


1Pepatah ialah peribahasa yang berangkap dan terdapat pengulangan kata untukpenegasan.
2. Pepatah digunakan untuk menyatakan pengajaranpenegasan dan panduan hidup.
3. Pepatah juga digunakan untuk mematahkan hujah atau menyindir seseorang.
Contoh
Pepatah
Maksud
Cubit paha kanan, paha kiri terasa
Jika seseorang mengata keburukan ahli keluarga kita, kita juga berasa marah
Enggang sama engggang, pipit sama pipit
Bercampur gaul dengan orang yang sama taraf
Carik carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
Pergaduhan antara adik-beradik tidak berpanjangan, akhirnya berbaik semula
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Kita hendaklah mematuhi adat dan peraturan tempat kita tinggal

Kata adjektif

Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan keadaan atau sifat bagi suatu kata nama.Kata adjektif boleh didahului atau diikuti kata penguat.
Contoh: Amat sakit
amat
sakit
penguat
Adjektif

Kata adjektif terbahagi kepada sembilan jenis.
Jenis kata adjektif
Contoh perkataan
Kata adjektif sifatan atau keadaan
Baik,jahat,cerdik,gopoh,lemah,kasar,
sihat,sakit
Kata adjektif warna
Merah, ungu,kelabu,jingga,perang,biru,
hijau
Kata adjektif ukuran
Panjang,pendek,tinggi,rendah,tebal,nipis,
kerdil ,renek
Kata adjektif bentuk
Bulat,lonjong,bujur,bundar,leper,
bengkok,lurus,kempis ,lekuk
Kata adjektif waktu
Baharu,lama,segera,suntuk,silam,
lampau,lewat,cepat,lambat,awal
Kata adjektif jarak
Jauh,dekat,hampir,nyaris
Kata adjektif cara
Cepat,deras,laju,lambat,perlahan,lincah,
sering,selalu
Kata adjektifperasaan
Rindu,benci,segan,suka,gembira,ragu,
kasih, sayang,cinta
Kata adjektif pancaindera
Sedap,manis,lemak,cantik,comel,segak,
bising, lunak,serak, harum,hancing,hapak,halus, lembap,keras, kasar.

Kata Kerja

Kata kerja merupakan golongan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya. Kata kerja terbahagi kepada, kata kerja transitif ( Perbuatan Melampau ) dan kata kerja tak transitif ( Perbuatan tidak Melampau ).
Kata kerja terbahagi kepada :
A. Kata Kerja Transitif ( Perbuatan Melampau )
B. Kata Kerja Tak Transitif ( Perbuatan tidak Melampau )

A. Kata Kerja Transitif
1. Kata Kerja Transitf ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain.Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ).
2. Ayat ini mesti ada peyambutnya ( objek )
3. Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.
1. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama.
Contohnya: Atan mendengar radio.
mendengar ialah kata kerja transitif
radio ialah objek (kata nama)
Kata kerja transitif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper, memper...i, dan memper...kan. Contohnya:
Contoh ayat :
1. Kucing itu menangkap seekor burung.
2. perempuan itu menjual sayur.
3. Bapa sedang menulis surat.

B. Kata Kerja Tak Transitif
Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Oleh itu ia tidak mempunyai penyambut.
Contohnya ::
1. Mereka berjalan pada hari cuti.
2. Anjing itu sedang tidur.
3. Hujan turun dengan lebatnya semalam.
Dalam ayat pertama Mereka melakukan berjalan, tidak kepada benda lain.
Dalam ayat kedua Anjing melakukan tidur, tidak kepada benda lain.
Dalam ayat ketiga Hujan melakukan turun, tidak kepada benda lain.
Subjek ( pembuat )
Kata kerja tak Transitif
keterangan
Kami
mandi
di tasek itu.
Dia
senyum
semasa berjalan
Saya
menyanyi
dengan kuat
Hassan
berjalan
ke sekolah
7.1 Kata Kerja Tak Transitif
1. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat, yakni tidak memerlukan objek lagi.
2. Kata kerja tak transitif ada yang berbentuk asal dan ada yang berimbuhan ber, men, ter, ber... an,
dan ber...kan. Contohnya: (a) Ravi belum datang lagi. (b) Muridmurid sedang belajar. (c) Sungai itu mengalir deras.
Peringatan
Tiap-tiap kata kerja tak transitif boleh dijadikan kata kerja transitif dengan menambah ‘kan’ atau ‘ I’
di hujungnya.
Contoh ayat:
1. Mereka menjalankan jentera itu.
2. Emak sedang menidurkan adik.
3. Pekerja itu menurunkan barang-barang dari atas lori.
4. Halim mengikuti perbualan mereka.
5. Saya sudahi syarahan saya ini dengan ucapan salam.

Back to Top