Air merupakan antara komponen penting yang perlu ada dalam kehidupan manusia.manusia hanya dapat bertahan selama tiga hari sahaja tanpa air.Selain manusia,terdapat banyak lagi perkara yang memerlukan air.
Manusia dianggarkan memerlukan 50 liter air sehari untuk pelbagai kegunaan.namun begitu,masih terdapat aktiviti lain yang lebih banyak memerlukan air seperti pertanian.di sini,air diperlukan bagi mengairi tanaman.aktiviti penternakan juga memerlukan air.Walaupun begitu,peruntukan air untuk kegiatan penternakan kurang daripada peruntukan air yang diperlukan oleh manusia.sektor industri dan untuk menggerakkan kenderaan juga memerlukan air.Keperluan air yang ketara bagi mengimbangi suhu persekitaran dan menghilangkan kepanasan dalam badan.
Namun begitu,masalah pencemaran air mula melanda.hal ini akan menjejaskan perjalanan hidup setiap individu yang memerlukan air.Cara yang paling mudah untuk mengatasi masalah ini adalah dengan tidak membazirkan air.manusia sebagai makhluk yang berakal sewajarnya bersyukur atas kehadiran air bagi melicinkan aktiviti seharian mereka.Para pengusaha pertanian pula perlu diberi amaran keras agar tidak menggunakan baja kimia dan tidak mengalirkannya ke sungai.selain itu,para penternak diminta agar melupuskan najis haiwan dengan sebaik-bainya tanpa membabitkan pencemaran air.kerajaan sewajarnya mengenakan hukuman yang lebih berat kepada pengusaha kilang yang mengalirkan bahan buangan ke sungai dengan sewenang-wenangnya.Di samping itu,aktiviti pembalakan menyebabkan air sungai menjadi berkelodak dengan tanah yang dibawa aliran hujan akibat tiada tanah yang mencengkamnya.
Tuntasnya,masalah pencemaran air bukanlah masalah yang boleh dipandang enteng memandangkan seluruh kehidupan dan semua aktiviti di dunia ini memerlukan air.
- Follow Us »
Leave reply