Bencana alam bagaikan satu igauan ngeri setiap penduduk di muka bumi ini.malangnya,bencana alam adalah suatu yang tidak boleh dihalang. Kehadirannya kadangkala tidak membawa amaran ibarat malang tidak berbau.Bencana alam yang menimpa sesebuah negara sudah pasti mengalami kesengsaraan kepada rakyat seluruh negara.Hal ini menyebabkan ekonomi negara agak lumpuh memandangkan perlu memberi perhatian kepada kebajikan rakyat.Pertolongan masyarakat antarabangsa amat diperlukan bagi membantu negara yang mengalami bencana alam.
Setiap mangsa bencana alam sudah pasti akan mengalami trauma dan tekanan perasaan.Hal ini akan menjadi bertambah buruk jika ia disusuli kecacatan sepanjang hayat atau kehilangan harta benda dan orang yang tersayang.Pada masa ini sokongan moral daripada masyarakat antarabangsa amat diperlukan walaupun berbeza bahasa,agama,bangsa dan negara.Simpati yang melanda masyarakat antarabangsa dan tragedi yang menimpa pasti menimbulkan keinsafan di hati atas kebesaran ALLAH.
Bencana alam bukan sahaja meragut nyawa insan yang tersayang,malah,harta benda yang sekian lama dikumpul.Bagi meringankan beban mangsa,masyarakat antarabangsa diharapkan dapat menghulurkan sumbangan berupa wang,makanan,selimut dan sebagainya buat para mangsa .Di mana sahaja kita berada,apabila terlihat bencana alam berlaku pada sesebuah negara,pasti hati ini meruntun sedih.Namun,berat mata yang memandang,berat lagi bahu yang memikul.Oleh itu,bukalah hati kita untuk membantu mangsa bencana alam walaupun kita berlainan kewarganegaraan.
Daripada individu,kita beralih kepada peranan masyarakat antarabangsa dalam aspek perubatan.Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia(PBSM)merupakan antara badan bukan kerajaan(NGO)yang aktif dalam meghulurkan bantuan kemanusiaan.Bekalan ubat-ubatan dan paramedik tempatan amat tidak mencukupi apabila berlaku sesuatu bencana alam mengenai jumlah mangsa yang terlalu ramai.Bantuan daripada pegawai perubatan dari luar negara amat diharapkan dalam usaha menyelamatkan seberapa banyak nyawa yang boleh.
Perkara yang paling menyedihkan apabila berlaku bencana alam adalah kehilangan orang yang tersayang.Apatah lagi apabila melihat anak-anak kecil menjadi yatim piatu akibat bencana alam yang berlaku.Sungguhpun begitu,masa depan anak-anak sebagai aset negara tidak wajar dipersiakan.Semangat mereka harus ditiup kembali.Para sukarelawan yang terdiri daripada masyarakat antarabangsa perlu berganding bahu bagi membina sekolah buat mereka serta meneruskan pelajaran mereka serta meneruskan pelajaran mereka yang tertangguh.Siapa tahu,pelapis pentadbir negara tersebut merupakan seorang pemimpin berjiwa cekal kesan setelah mengharungi dugaan bencana alam.
Perkara kedua yang difikirkan oleh mangsa bencana alam setelah menangisi kehilangan orang yang tersayang adalah di mana tempat hendak berteduh?Bagai jatuh ditimpa tangga,beban yang ditanggung bertambah berganda-ganda.Masyarakat antarabangsa yang prihatin terhadap masalah ini pastinya memainkan peranan mereka dengan cara menyediakan tempat tinggal kepada mangsa bencana alam.secara sementara sambil menunggu tempat tinggal yang kekal.Khemah kecil untuk sekeluarga sudah cukup untuk membuat para mangsa bersyukur atas kemurahan hati masyarakat antarabangsa.
Kerajaan selaku payung pentadbiran negara pastinya berada dalam keadaan tertekan dengan beban kewangan bagi menampung kebajikan rakyat dan pemulihan prasarana negara.Peranan masyarakat antarabansa khusunya antara negara adalah pertolongan daripada segi kewangan.Perkara ini penting bagi membantu negara tersebut dalam memulihkan kembali keharmonian negara mereka.
Tuntasnya,masyarakat antarabangsa mempunyai peranan yang cukup besar dalam membantu negara yang mengalami bencana alam.Negara yang terbabit dalam tragedi tersebut pasti bertambah rapuh untuk kembali bangun berdiri setanding dengan negara-negara lain tanpa pertolongan masyarakat antarabangsa.
- Follow Us »
Leave reply