Karya sastera ditakrifkan sebagai hasil seni dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri atau keistimewaan yang tertentu.Kebiasaannya,karya sastera ini digubal dalam bahasa yang sangat indah ataupun dalam bentuk kiasan.Malangnya,masyarakat kurang berminat dalam menghayati sastera negara ibarat berlian dalam lumpur.Sehubungan itu,media massa telah dipilih sebagai 'alat ajaib'yang paling sesuai bagi menarik minat masyarakat menghayati karya sastera.
Alat media massa yang paling popular abad ini adalah televisyen.Gajet ini juga merupakan salah satu daripada alat pandang dengar.Drama atau filem yang disiarkan melalui televisyen adalah jalan yang terbaik bagi menyelesaikan masalah ini.Pihak penyiaran perlu memberi kerjasama dengan menayangkan drama atau filem yang berunsurkan sastera supaya masyarakat dapat menghayati sastera dalam keadaan santai.
Selain itu,perlu ada inisiatif dalam diri pihak penerbitan bagi menerbitkan rancangan yang dapat membawa penonton mendalami dan mencintai karya sastera.Para penonton perlu didedahkan dengan kepentingan karya sastera agar ia tidak hilang dek masa,tidak lapuk dek zaman.
Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP) dari dahulu telah mengambil langkah untuk menyelamatkan karya sastera negara.Malam Puisi yang dihadiri para sasterawan dan selebriti merupakan salah satu daripada inisiatif yang diambil.Saya berpendapat adalah lebih baik kerjasama dijalinkan antara pihak DBP dengan stesen penyiaran bagi menyiarkan program ini secara langsung supaya masyarakat dapat menghayati setiap bait puisi yang dilantunkan oleh mereka yang sememangnya mencintai sastera iaitu sasterawan.Semoga keikhlasan sasterawan turut dapat dirasai oleh masyarakat.
Bagi alat media massa yang lain seperti radio, alat ini dapat memainkan peranannya yang tersendiri dalam bidang ini iaitu untuk memutarkan lagu-lagu yang berunsurkan sastera.Bagai menyelam minum air,perkara ini bukan sahaja memperkenalkan kepada masyarakat mengenai pelbagai bentuk sastera yang ada,malahan,dapat mengangkat martabat penulis lirik dan penggubah lagu tempatan.
Peranan media cetak juga tidak wajar dilupakan.Sama ada majalah atau suratkhabar,mereka dapat membantu menghidupkan karya sastera negara dengan meyiarkan karya-karya sastera negara nukilan penulis- penulis muda.Sebaik-baik sahaja melihat karya mereka terpampang di dada media cetak,sudah pasti mereka akan lebih bersemangat untuk terus mencipta karya sastera yang lebuh bernutu.
Satu lagi cara yang boleh dilakukan oleh setiap media massa adalah menyiarkan iklan.Berdasarkan kajian,iklan boleh mempengaruhi minda seseorang.Tidak salah jika kita ingin menggunakan cara ini bagi menarik minat masyarakat mendalami sastera negara dan mendalami kehebatannya yang tidak kurang hebatnya.
Tuntasnya,masyarakat perlu menghayati sastera kerana ia adalah salah satu daripada simbol warisan bangsa.Justeru,kerjasama daripada media massa amat diperlukan bagi merealisasikan hasrat murni ini.
- Follow Us »
Leave reply