Wabak penyakit berlaku disebabkan oleh sikap masyarakat yang tidak mengutamakan kebersihan

Kebelakangan ini,kita sering mendengar berita mengenai wabak penyakit yang melanda.penyakit-penyakit  seperti taun,denggi dan H1N1 turut mampu meragut nyawa.Tatkala soalan mengenai punca-punca penyakit ini merebak ditanyakan kepada doktor-doktor pakar,mereka sepakat menjadikan aspek kebersihan yang diambil enteng oleh masyarakat sebagai puncanya.Sejauh manakah kebenaran pernyataan ini akan diulas oleh penulis.

Penulis berpendapat bahawa ramai individu yang tidak menjaga kebersihan diri sendiri.Alasan dengan kehidupan seharian seperti kerjaya menjadi benteng kepada mereka untuk tidak menjaga kebersihan diri.Badan yang tidak bersih bagaikan pagar rapuh yang bisa dirempuh oleh kuman pembawa penyakit dengan sewenang-wenangnya.Oleh itu,siapakah yang wajar dipersalahkan untuk punca ini?Fikir-fikirkan.

Masih lagi berkisarkan tentang individu,namun punca yang kedua ialah gejala sosial.Ada insan yang menjaga kebersihan diri dengan sempurna namun mengamalkan cara hidup yang tidak sepatutnya.Seks bebas,menghisap dadah,meghisap rokok dan sebagainya adalah punca kepada penyakit yang merbahaya seperti HIV.Rakyat kita merasakan cara hidup sebegini adalah cara hidup yang moden kerana datangnya dari Barat sedangkan budaya kuning inilah mengancam nyawa dan memusnahkan masa depan mereka.

Sekolah juga merupakan tempat di mana masyarakat pelajar belajar dan menimba ilmu.Masyarakat pelajar yang kebiasaannya terdiri daripada kanak-kanak dan remaja mempunyai antibodi yang lemah.Mereka mudah diserang penyakit.Malangnya,kita seringkali mendengar laporan mengenai sekolah yang tidak megutamakan kebersihan sehinggakan terdapat pembiakan Aedes di sekolah.Sehubungan itu,pihak sekolah diwajibkan melakukan aktiviti gotong-royong bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Pemilihan tender kantin juga perlu diambil berat oleh pihak sekolah memandangkan makanan merupakan salah satu cara penyakit merebak.Kes pelajar keracunan makanan di kantin sekolah membawa kesengsaraan kepada warga sekolah.Hal ini juga menyusahkan beberapa pihak yang terlibat bagi menyelesaikan kes ini.Diharapkan agar pihak sekolah cakna dengan setiap aspek kebersihan di sekolah kerana kita sudah semestinya tidak ingin membiarkan apa-apa perkara buruk terjadi kepada aset negara kita.

Perniagaan merupakan sembilan daripada sepuluh pintu rezeki.Itu adalah sabda daripada Rasulullah SAW.Hal ini menyebabkan kebanyakan masyarakat membuka perniagaan terutama sekali perniagaan makanan.Keghaurahan mencari rezeki menyebabkan faktor kebersihan jatuh pada nombor ketiga atau yang terakhir.Masyarakat kita juga bagai dua kali lima di mana mereka tidak memastikan tentang persekitaran gerai atau restoran tersebut bersih ataupun tidak asalkan makananny sedap.Bukanlah menjadi satu kesalahan jika kita mencari makanan yang enak dimakan bagi memuaskan selera,tetapi kebersihan makana juga perlu diambil kira kerana ia amat berkait rapat dengan kesihatan.

Lalat dan tikus merupakan antara haiwan perosak yang menyebarkan penyakit.Kebiasaannya haiwan ini membiak dan mencari makanan dalam timbunan sampah.Masyarakat Malaysia yang cerdik pandai pula tidak menggunakan kelebihan mereka dengan mengambil jalan yang singkat untuk membuang sampah.Sampah dibuang ke dalam sungai dengan sewenang-wenangnya tanpa rasa insaf bahawa sungailah yang menjadi sumber  air buat mereka.Sampah juga dibuang di tepi jalan dan dibiarkan bertimbun sehingga mencacatkan pemandangan dan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan.Di mana perginya kesedaran sivik masyarakat Malaysia?Mohon agar rakyat negara ini lebih cakna dengan tentang kebersihan kerana kebersihan kunci kepada kesihatan yang baik dan janganlah sudah terhantuk baru terngadah.

Sebagai penutup,sikap masyarakat yang tidak menutamakan kebersihan perlu diubah demi kesejahteraan masyarakat sejagat.

Leave reply

Back to Top