Karangan PMR

Kepentingan air dan usaha mengatasi pencemaran air

Air merupakan antara komponen penting yang perlu ada dalam kehidupan manusia.manusia hanya dapat bertahan selama tiga hari sahaja tanpa air.Selain manusia,terdapat banyak lagi perkara yang memerlukan air.

Manusia dianggarkan memerlukan 50 liter air sehari untuk pelbagai kegunaan.namun begitu,masih terdapat aktiviti lain yang lebih banyak memerlukan air seperti pertanian.di sini,air diperlukan bagi mengairi tanaman.aktiviti penternakan juga memerlukan air.Walaupun begitu,peruntukan air untuk kegiatan penternakan kurang daripada peruntukan air yang diperlukan oleh manusia.sektor industri dan untuk menggerakkan kenderaan juga memerlukan air.Keperluan air yang ketara bagi mengimbangi suhu persekitaran dan menghilangkan kepanasan dalam badan.

Namun begitu,masalah pencemaran air mula melanda.hal ini akan menjejaskan perjalanan hidup setiap individu yang memerlukan air.Cara yang paling mudah untuk mengatasi masalah ini adalah dengan tidak membazirkan air.manusia sebagai makhluk yang berakal sewajarnya bersyukur atas kehadiran air bagi melicinkan aktiviti seharian mereka.Para pengusaha pertanian pula perlu diberi amaran keras agar tidak menggunakan baja kimia dan tidak mengalirkannya ke sungai.selain itu,para penternak diminta agar melupuskan najis haiwan dengan sebaik-bainya  tanpa membabitkan pencemaran air.kerajaan sewajarnya mengenakan hukuman yang lebih berat kepada pengusaha kilang yang mengalirkan bahan buangan ke sungai dengan sewenang-wenangnya.Di samping itu,aktiviti pembalakan menyebabkan air sungai menjadi berkelodak dengan tanah yang dibawa aliran hujan akibat tiada tanah yang mencengkamnya.

Tuntasnya,masalah pencemaran air bukanlah masalah yang boleh dipandang enteng memandangkan seluruh kehidupan dan semua aktiviti di dunia ini memerlukan air.

Sektor pelancongan di Malaysia dan kepentingannya

Sektor pelancongan antara sektor yang paling banyak menyumbang jasa dalam meningkatkan ekonomi negara.namun begitu,masih banyak kepentingan sektor pelanconganselain daripada yang disebutkan sebentar tadi.Kita akan mengupas satu demi satu kepentingan sektor pelancongan dalam ruangan ini.

Kehadiran pelancong dari dalam dan luar negra membuka pintu rezeki penduduk desa yang menjalankan industri kecil-kecilan seperti industri kraf tangan.pelancong yang datang berkunjung menjadikan kraf tangan sebagai cenderamata sebelum pulang dan hal ini memajukan industri kecilan ini.kehadiran pelancong secara berterusan memberi jaminan kepada keutuhan perniagaan ini.

Selain itu,industri pelancongan kini tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan sebaik sahaja kerajaan menjadikan sektor pelancongan sebagai pintu sumber ekonomi negara.kehadiran industri perhotelan di negara ini bukan sahaja menyinari lagi sektor pelancongan,malahan,mengurangkan kadar pengangguran dengan cara membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Tambahan pula,kemajuan ekonomi negara yang bergantung pada sektor pelancongan menyemarakkan semangat kerajaan bagi membangunkan kawasan pelancongan.Langkah ini diambil bagi memastikan kita tidak putus dalam menerima kehadiran pelancong.

Di samping itu,sektor pelancongan juga menjadi salah satu sebab mengapa kerajaan ingin memajukan sektor pengangkutan.Hal ini kerana sektor pengangkutan yang lancar melicinkan kegiatan pelancongan di negara ini.Natijahnya,rakyat juga akan turut dapat merasai kesenangan sektor pengangkutan yang moden ini.

Akhir kata,sektor pelancongan membawa banyak kepentingan kepada negara.Diharap semua pihak dapat memastikan  sektor ini sentiasa berada dalam keadaan cemerlang.

Wabak penyakit berlaku disebabkan oleh sikap masyarakat yang tidak mengutamakan kebersihan

Kebelakangan ini,kita sering mendengar berita mengenai wabak penyakit yang melanda.penyakit-penyakit  seperti taun,denggi dan H1N1 turut mampu meragut nyawa.Tatkala soalan mengenai punca-punca penyakit ini merebak ditanyakan kepada doktor-doktor pakar,mereka sepakat menjadikan aspek kebersihan yang diambil enteng oleh masyarakat sebagai puncanya.Sejauh manakah kebenaran pernyataan ini akan diulas oleh penulis.

Penulis berpendapat bahawa ramai individu yang tidak menjaga kebersihan diri sendiri.Alasan dengan kehidupan seharian seperti kerjaya menjadi benteng kepada mereka untuk tidak menjaga kebersihan diri.Badan yang tidak bersih bagaikan pagar rapuh yang bisa dirempuh oleh kuman pembawa penyakit dengan sewenang-wenangnya.Oleh itu,siapakah yang wajar dipersalahkan untuk punca ini?Fikir-fikirkan.

Masih lagi berkisarkan tentang individu,namun punca yang kedua ialah gejala sosial.Ada insan yang menjaga kebersihan diri dengan sempurna namun mengamalkan cara hidup yang tidak sepatutnya.Seks bebas,menghisap dadah,meghisap rokok dan sebagainya adalah punca kepada penyakit yang merbahaya seperti HIV.Rakyat kita merasakan cara hidup sebegini adalah cara hidup yang moden kerana datangnya dari Barat sedangkan budaya kuning inilah mengancam nyawa dan memusnahkan masa depan mereka.

Sekolah juga merupakan tempat di mana masyarakat pelajar belajar dan menimba ilmu.Masyarakat pelajar yang kebiasaannya terdiri daripada kanak-kanak dan remaja mempunyai antibodi yang lemah.Mereka mudah diserang penyakit.Malangnya,kita seringkali mendengar laporan mengenai sekolah yang tidak megutamakan kebersihan sehinggakan terdapat pembiakan Aedes di sekolah.Sehubungan itu,pihak sekolah diwajibkan melakukan aktiviti gotong-royong bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Pemilihan tender kantin juga perlu diambil berat oleh pihak sekolah memandangkan makanan merupakan salah satu cara penyakit merebak.Kes pelajar keracunan makanan di kantin sekolah membawa kesengsaraan kepada warga sekolah.Hal ini juga menyusahkan beberapa pihak yang terlibat bagi menyelesaikan kes ini.Diharapkan agar pihak sekolah cakna dengan setiap aspek kebersihan di sekolah kerana kita sudah semestinya tidak ingin membiarkan apa-apa perkara buruk terjadi kepada aset negara kita.

Perniagaan merupakan sembilan daripada sepuluh pintu rezeki.Itu adalah sabda daripada Rasulullah SAW.Hal ini menyebabkan kebanyakan masyarakat membuka perniagaan terutama sekali perniagaan makanan.Keghaurahan mencari rezeki menyebabkan faktor kebersihan jatuh pada nombor ketiga atau yang terakhir.Masyarakat kita juga bagai dua kali lima di mana mereka tidak memastikan tentang persekitaran gerai atau restoran tersebut bersih ataupun tidak asalkan makananny sedap.Bukanlah menjadi satu kesalahan jika kita mencari makanan yang enak dimakan bagi memuaskan selera,tetapi kebersihan makana juga perlu diambil kira kerana ia amat berkait rapat dengan kesihatan.

Lalat dan tikus merupakan antara haiwan perosak yang menyebarkan penyakit.Kebiasaannya haiwan ini membiak dan mencari makanan dalam timbunan sampah.Masyarakat Malaysia yang cerdik pandai pula tidak menggunakan kelebihan mereka dengan mengambil jalan yang singkat untuk membuang sampah.Sampah dibuang ke dalam sungai dengan sewenang-wenangnya tanpa rasa insaf bahawa sungailah yang menjadi sumber  air buat mereka.Sampah juga dibuang di tepi jalan dan dibiarkan bertimbun sehingga mencacatkan pemandangan dan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan.Di mana perginya kesedaran sivik masyarakat Malaysia?Mohon agar rakyat negara ini lebih cakna dengan tentang kebersihan kerana kebersihan kunci kepada kesihatan yang baik dan janganlah sudah terhantuk baru terngadah.

Sebagai penutup,sikap masyarakat yang tidak menutamakan kebersihan perlu diubah demi kesejahteraan masyarakat sejagat.

Peranan masyarakat antarabangsa dalam membantu negara yang mengalami bencana alam

Bencana alam bagaikan satu igauan ngeri setiap penduduk di muka bumi ini.malangnya,bencana alam adalah suatu yang tidak boleh dihalang. Kehadirannya kadangkala tidak membawa amaran ibarat malang tidak berbau.Bencana alam yang menimpa sesebuah negara sudah pasti mengalami kesengsaraan kepada rakyat seluruh negara.Hal ini menyebabkan ekonomi negara agak lumpuh memandangkan perlu memberi perhatian kepada kebajikan rakyat.Pertolongan masyarakat antarabangsa amat diperlukan bagi membantu negara yang mengalami bencana alam.

Setiap mangsa bencana alam sudah pasti akan mengalami trauma dan tekanan perasaan.Hal ini akan menjadi bertambah buruk jika ia disusuli kecacatan sepanjang hayat atau kehilangan harta benda dan orang yang tersayang.Pada masa ini sokongan moral daripada masyarakat antarabangsa amat diperlukan walaupun berbeza bahasa,agama,bangsa dan negara.Simpati yang melanda masyarakat antarabangsa dan tragedi yang menimpa pasti menimbulkan keinsafan di hati atas kebesaran ALLAH.

Bencana alam bukan sahaja meragut nyawa insan yang tersayang,malah,harta benda yang sekian lama dikumpul.Bagi meringankan beban mangsa,masyarakat antarabangsa diharapkan dapat menghulurkan sumbangan  berupa wang,makanan,selimut dan sebagainya buat para mangsa .Di mana sahaja kita berada,apabila terlihat bencana alam berlaku pada sesebuah negara,pasti hati ini meruntun sedih.Namun,berat mata yang memandang,berat lagi bahu yang memikul.Oleh itu,bukalah hati kita untuk membantu mangsa bencana alam walaupun kita berlainan kewarganegaraan.

Daripada individu,kita beralih kepada peranan masyarakat antarabangsa dalam aspek perubatan.Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia(PBSM)merupakan antara badan bukan kerajaan(NGO)yang aktif dalam meghulurkan bantuan kemanusiaan.Bekalan ubat-ubatan dan paramedik tempatan amat tidak mencukupi apabila berlaku sesuatu bencana alam mengenai jumlah mangsa yang terlalu ramai.Bantuan daripada pegawai perubatan dari luar negara amat diharapkan dalam usaha menyelamatkan seberapa banyak nyawa yang boleh.

Perkara yang paling menyedihkan apabila berlaku bencana alam adalah kehilangan orang yang tersayang.Apatah lagi apabila melihat anak-anak kecil menjadi yatim piatu akibat bencana alam yang berlaku.Sungguhpun begitu,masa depan anak-anak sebagai aset negara tidak wajar dipersiakan.Semangat mereka harus ditiup kembali.Para sukarelawan yang terdiri daripada masyarakat antarabangsa perlu berganding bahu bagi membina sekolah buat mereka serta meneruskan pelajaran mereka serta meneruskan pelajaran mereka yang tertangguh.Siapa tahu,pelapis pentadbir negara tersebut merupakan seorang pemimpin berjiwa cekal kesan setelah mengharungi dugaan bencana alam.

Perkara kedua yang difikirkan oleh mangsa bencana alam setelah menangisi kehilangan orang yang tersayang adalah di mana tempat hendak berteduh?Bagai jatuh ditimpa tangga,beban yang ditanggung bertambah berganda-ganda.Masyarakat antarabangsa yang prihatin terhadap masalah ini pastinya memainkan peranan mereka dengan cara menyediakan tempat tinggal kepada mangsa bencana alam.secara sementara sambil menunggu tempat tinggal yang kekal.Khemah kecil untuk sekeluarga sudah cukup untuk membuat para mangsa bersyukur atas kemurahan hati masyarakat antarabangsa.

Kerajaan selaku payung pentadbiran negara pastinya berada dalam keadaan tertekan dengan beban kewangan bagi menampung kebajikan rakyat dan pemulihan prasarana negara.Peranan masyarakat antarabansa khusunya antara negara adalah pertolongan daripada segi kewangan.Perkara ini penting bagi membantu negara tersebut dalam memulihkan kembali keharmonian negara mereka.

Tuntasnya,masyarakat antarabangsa mempunyai peranan yang cukup besar dalam membantu negara yang mengalami bencana alam.Negara yang terbabit dalam tragedi tersebut pasti bertambah rapuh untuk kembali bangun berdiri setanding dengan negara-negara  lain tanpa pertolongan masyarakat antarabangsa.

Contoh Karangan Ransangan PMR

Bahagian B - Karangan Berdasarkan bahan Rangsangan - Contoh karangan yang cemerlang

Bahagian B
[20 markah]
Berdasarkan rajah di bawah, huraikan pendapat anda tentang cara mengatasi kesesakan jalan raya. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kesesakan Jalan Raya
(Cara Mengatasinya)


Untuk mendapat markah cemerlang, para pelajar perlu memberi perhatian aspek-aspek berikut:
  • Ayat perlu gramatis.
  • Kata dan kosa kata luas dan tepat. 
  • Ejaan dan tanda baca mesti betul.
  • Idea yang releven berdasarkan tugasan.
  • Huraian idea luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan dan kesimpulan sesuai dan berkembang.
  • Pengolahan yang menarik dan berkesan.

Contoh jawapan cemerlang.

Saban hari, bilangan kenderaan di negara kita telah kian tahun kian bertambah. Hal ini telah menimbulkan masalah kesesakan di jalan raya. Terdapat beberapa langkah yang perlu dilaksanakanuntuk membendung masalah ini.
Antaranya ialah mutu pengangkutan awam perlu ditingkatkan. Pengangkutan awam tersebut perlu mampu menampung bilangan pengguna yang banyak serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan terutama untuk golongan kurang upaya. Selain itu, system lalu lintas haruslah dibaiki dengan membina tanda atau lampu isyarat supaya dapat mengawal aliran kenderaan dengan lebih berkesan.
Sementelahan, amalan berkongsi kereta perlu diamalkan supaya bilangan kenderaan di jalan raya dapat dikurangkan. Jalan raya juga perlu diperbanyakkan supaya pengguna mempunyai laluan alternatif untuk menuju ke sesuatu tempat.
Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu memantau masalah ini bagi menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya.

Back to Top