Karangan SPM

Langkah -langkah meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan remaja

Perkataan patriotisme berakarkan daripada perkataan patriot.patriotisme bermaksud perasaan cinta yang kuat terhadao tanah air.memang mudah untuk setiap lidah melafazkan cinta dan taat setia yang tidak berbelah bahagi terhadap negara,namun sejauh manakah kebenarannya?sedangkan cinta kepada Tuhan yang Maha Agung pun boleh dikhianati,cinta kepada Rasul boleh diambil enteng dan cinta kepada sesama manusia boleh dipersenda,apatah lagi cinta kepada negara.hal ini bertambah sukar buat remaja bagi mendalami semangat patrotisme.Pelbagai langkah yang drastik dan pragmatik yang boleh diambil kira akan dibincangkan.

Setiap pelajar yang berwawasan perlu sedar peranan mereka sebagai sandaran negara setelah sebahagian kecil daripada rakan-rakan sebaya mereka telah hanyut dirempuh gelombang pemodenan.remaja berwawasan ini perlu gigih dalam meningkatkan semangat patriotisme dalam diri mereka sendiri dengan cara menjadikan buku-buku sejarah sebagai bahan bacaan tambahan mereka selain daripada buku-buku pelajaran.Mereka juga pelu lebih giat dalam menghayati puisi,sajak dan syair yang berkaitan dengan patriotisme bagi menyemai semangat cinta akan negara dalam diri mereka.

Ibu bapa sebagai tunjang utama keluarga perlu mengambil peranan dalam menigkatkan semangat patirotisme dalam kalangan remaja.Ibu bapa perlu membiasakan anakanak dengan cerita-cerita rakyat yang berunsurkan sejarah .Hal ini adalah lebih baik daripada menceritakan mereka tentang kisah-kisah dongeng daripada negara barat.Tambahan pula,perkara ini dapat mengajar anakanak untuk lebih mengenali warisan dan budaya kita.

Selain itu,pihak sekolah juga dapat meningkatkan semangat patritisme remaja melalui mata pelajaran Sejarah.Guru-guru dapat mengggunakan kaedah ini dengan cara mendidik para remaja agar menghayati matapelajaran sejarah dan bukan sekadar dengan berniat untuk lulus peperiksaan sahaja.Penceritaan mengenai pahit getir para pejuang kemerdekaan negara dapat mengajar mereka erti bersyukur atas nikmat kemerdekaan.

Kebiasannya,pihak sekolah akan mengadakan lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang menarik.Pihak sekolah dapat mengambil peluang ini untuk membawa pelajar ke tempat-tempat bersejarah,perkara ini merupakan salah satu daripada kaedah pembelajaran bagi meningkatkan semangat patriotisme remaja.

Media massa terutama televisyen merupakan teknologi yang paling dekat denagn kehidupan manusia.Pengaruh media massa terhadap kehidupan manusia sangat besar sehinggakan boleh dikatakan setiap rumah mempunyai sekurang-kurangnya sebuah televisyen.Sehubungan itu,media massa wajar dijadikan alternatif paling berkesan bagi menyemai semangat patriotisme dalam kalangan remaja memandangkan merekalah golongan yang paling banyak menonton televisyen.media massa perlu menyiarkan drama-drama ,filem,lagu,dan apa sahaja yang boleh membangkitkan semangat kebangsaan.Perkara ini perlu diteruskan sepanjang tahun dan bukannya pada bulan kemerdekaan sahaja bagi memastikan semangat patriotisme tumbuh subur sepanjang masa.

Di samping itu,pihak kerajaan perlu memperkasakan sebarang program yang dapat meningkatkan semangat patriotisme seperti Program Khidmat Negara.Program ini dapat menyedarkan remaja tentang peranan mereka sebagai aset negara dan persediaan yang perlu dilakukan bagi memikul tanggungjawab masalah ini.

Tuntasnya,remaja hari ini tidak ramai yang mempunyai semangat patriotisme.Pelbagai langkah yang drastik dan pragmatik pelru diambil bagi memastikan kita mempunyai pelapis pentadbir yang berwawasan.

Sebab-Sebab kita perlu mengenang jasa tokoh kemerdekaan dan cara untuk menerapkannya kepada generasi akan datang

Merdeka.Satu sifat yang diertikan sebagai bebas.Kata ini juga boleh ditukarkan sebagai kata kerja apabila kita meletakkan imbuhan padanya.Namun,apa yang paling penting di sini adalah negara kita,Malaysia sudahpun menerima taraf negara yang merdeka.Di sebalik kenikmatan yang dirasai sebagi rakyat yang bernaung di bawah negara yang bebas,sudah pasti terdapat tokoh-tokoh yang berjuang di sebaliknya bagi mendapatkan kemerdekaan.Mereka inilah yang digelar negarawan.Jasa dan pengorbanan mereka terlalu besar dan tidak mungkin bagi kita untuk melupakannya.

Ramai yang tertanya-tanya,mengapa kita perlu mengenang kembali jasa tokoh kemerdekaan negara?Jawapannya yang pertama ialah semangat patriotisme.Sebagai contoh,apabila kita mencintai sesuatu,kita pasti tidak ingin ada sesuatu yang menyakitinya,bukan?Kita akan menghargai sesiapa yang berjaya menyelamatkan perkara yang kita cintai tatkala kita tiada di sisi.Begitu juga dengan patriotisme.Kita mencintai Malaysia dan tokoh-tokoh  kemerdekaan telah berjaya menyelamatkan maruah tanah air ini daripada dirobek dan wajar bagi kita menghargai tokoh-tokoh kemerdekaan negara dengan cara mengenang jasa mereka.

Bagi mencapai kemerdekaan,tokoh2 yang memperjuangkannya terdiri daripada masyarakat berbilang kaum.Walaupun mereka datang daripada latar belakang yang berlainan,mereka bekerja bersama bagi membebaskan Tanah Melayu daripada belenggu penjajah.Oleh itu,amat rugilah jika kita tidak meneruskan kesinambungan yang terjalin ini sebagai tanda kenangan kita kepada pejuang tanah air.

Tokoh kemerdekaan menjadi satu bukti yang mantap mengenai dasar kerjasama dan usaha yang berterusan bagi mencapai matlamat.Mereka telah meletakkan batu asa kepada kemajuan negara denagn cara memerdekakannya.Usaah yang dilakukan oleh mereka wajar kita kenang.Sudah tentu mereka tidak ingin usaha mereka selama ini sia-sia.Sehubungan dengan  itu,kita perlu menjadi lebih proaktif dan kreatif dalam pekerjaan demi kemajuan negara.

Cabaran paling besar yang dihadapi oleh negara adalah mengahdapi kerenah dan masalah sosial remaja.Ramai pihak yang berpendapat mengingatkan mereka  tentang perit getir tokoh-tokoh kemerdekaan dahulu mampu meyelamatkan mereka.Namun begitu,cabaran terbaru yang dihadapi adalah bagaimana kita ingin menerapkannya dalam jiwa para remaja.Langkah-langkah yang drastik dan pragmatik perlu diambil dengan segera bagi merealisasikan hasrat ini.Generasi zaman sekarang cenderung mempelajari Sejarah semata-mata kerana ingin lulus dalam peperiksaan.Mereka tidak menghayatinya sebagaimana yang diharapkan.Para ibu bapa perlu turun padang bagi membantu menyelesaikan kerumitan ini.Sejak kecil lagi,anak-anak perlu diasuh mengenai cerita-cerita rakyat yang berunsurkan Sejarah dan tokoh-tokoh kemerdekaan.Melentur buluh biarlah daripada rebungnya.Begitu juga dengan anak-anak.Jika kita ingin mereka mengenali tokoh-tokoh kemerdekaan,kita perlu membiasakan mereka dengan kisah-kisah tersebut sejak kecil lagi.

Pihak sekolah selaku gedung ilmu pelajar perlu memanipulasi taraf ini bagi menerangkan sifat mengenang jasa tokoh kemerdekaan dalam diri pelajar.lawatan sambil belajar ke tempat-tempat bersejarah bagi saya merupakan jalan terbaik buat para remaja merasai sendiri pahit getir tokoh kemerdekaan negara dalam membebaskan tanah air daripada belenggu penjajah.Hal ini dapat menginsafkan para remaja dalam usaha tokoh kemerdekaan mencapai kejayaan dan membuatkan mereka tidak lupa akan tokoh-tokoh kemerdekaan..

Televisyen sebagai saluran media massa yang paling rapat dengan rakyat khususnya remaja dapat memainkan peranannya  yang tersendiri.Filem-filem atau dokumentari tentang tokoh kemerdekaan dapat membawa mereka kembali ke masa lampau dan menghayati.onak duri yang terpaksa dirempuh oleh tokoh kemerdekaan.Remaja dapat mempelajari sesuatu yang berguna di rumah tanpa perlu pergi ke mana-mana.Itulah yang dinamakan kemudahan teknologi.

Konklusinya,tokoh-tokoh kemerdekaan sememangnya patriot kerana mereka sanggup megorbankan jiwa dan raga demi tanah air yang tercinta.Sebagai generasi pelapis,kita dapat menjadi patriot dengan cara mencintai tanah air dan mengenang jasa orang yang mencintai tanah air itu.

Usaha yang boleh dilakukan oleh media massa bagi menghayati karya sastera

Karya sastera ditakrifkan sebagai hasil seni dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri atau keistimewaan yang tertentu.Kebiasaannya,karya sastera ini digubal dalam bahasa yang sangat indah ataupun dalam bentuk kiasan.Malangnya,masyarakat kurang berminat dalam menghayati sastera negara ibarat berlian dalam lumpur.Sehubungan itu,media massa telah dipilih sebagai 'alat ajaib'yang paling sesuai bagi menarik minat masyarakat menghayati karya sastera.

Alat media massa yang paling popular abad ini adalah televisyen.Gajet ini juga merupakan salah satu daripada alat pandang dengar.Drama atau filem yang disiarkan melalui televisyen adalah jalan yang terbaik bagi menyelesaikan masalah ini.Pihak penyiaran perlu memberi kerjasama dengan menayangkan drama atau filem yang berunsurkan sastera supaya masyarakat dapat menghayati sastera dalam keadaan santai.

Selain itu,perlu ada inisiatif dalam diri pihak penerbitan bagi menerbitkan rancangan yang dapat membawa penonton mendalami dan mencintai karya sastera.Para penonton perlu didedahkan dengan kepentingan karya sastera agar ia tidak hilang dek masa,tidak lapuk dek zaman.

Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP) dari dahulu telah mengambil langkah untuk menyelamatkan karya sastera negara.Malam Puisi yang dihadiri para sasterawan dan selebriti merupakan salah satu daripada inisiatif yang diambil.Saya berpendapat adalah lebih baik kerjasama dijalinkan antara pihak DBP dengan stesen penyiaran bagi  menyiarkan program ini secara langsung supaya masyarakat dapat menghayati setiap bait puisi yang dilantunkan oleh mereka yang sememangnya mencintai sastera iaitu sasterawan.Semoga keikhlasan sasterawan turut dapat dirasai oleh masyarakat.

Bagi alat media massa yang lain seperti radio, alat ini dapat memainkan peranannya yang tersendiri dalam bidang ini iaitu untuk memutarkan lagu-lagu yang berunsurkan sastera.Bagai menyelam minum air,perkara ini bukan sahaja memperkenalkan kepada masyarakat mengenai pelbagai bentuk sastera yang ada,malahan,dapat mengangkat martabat penulis lirik dan penggubah lagu tempatan.

Peranan media cetak juga tidak wajar dilupakan.Sama ada majalah atau suratkhabar,mereka dapat membantu menghidupkan karya sastera negara dengan meyiarkan karya-karya sastera negara nukilan penulis- penulis muda.Sebaik-baik sahaja melihat karya mereka terpampang di dada media cetak,sudah pasti mereka akan lebih bersemangat untuk terus mencipta karya sastera yang lebuh bernutu.

Satu lagi cara yang boleh dilakukan oleh setiap media massa adalah menyiarkan iklan.Berdasarkan kajian,iklan boleh mempengaruhi minda seseorang.Tidak salah jika kita ingin menggunakan cara ini bagi menarik minat masyarakat mendalami sastera negara dan mendalami kehebatannya yang tidak kurang hebatnya.

Tuntasnya,masyarakat perlu menghayati sastera kerana ia adalah salah satu daripada simbol warisan bangsa.Justeru,kerjasama daripada media massa amat diperlukan bagi merealisasikan hasrat murni ini.

USAHA MEMUPUK SIKAP SUKA AKAN BARANGAN KELUARAN TEMPATAN

Golongan remaja adalah golongan yang paling banyak di Malaysia.Walaupun masih muda,namun cita rasa mereka dalam kehidupan amat tinggi.Cita rasa mereka ini sering berubah-ubah mengikut perkembangan dan pengaruh yang mendominasi diri mereka.Perkembangan fesyen dalam semua aspek pemakaian telah mempengaruhi remaja agar mereka tampak lebih anggun dan menarik.

Pengeluar barangan sering menjadikan remaja sebagai tujuan utama pemasaran terutamanya barangan berjenama dari luar negara.Hal ini kerana kuasa beli mereka agak tinggi dan pendapatan mereka hanya digunakan untuk keperluan peribadi sahaja.DI samping itu,gaya pemakaian dan barangan berjenama barat serta pengaruh persekitaran adalah antara faktor yang mempengaruhi cita rasa golongan remaja.

Barangan tempatan juga tidak kurang hebatnya.Oleh itu,pelbagai usaha perlu dilakukan bagi memupuk remaja mencintai barangan tempatan,antaranya ialah pengaruh media massa.Media massa sebagai teknologi yang paling dekat dengan manusia perlu menggunakan pengaruh mereka ke arah kebaikan demi kemajuan barangan tempatan.

Ibu bapa sebagai tunjang utama keluarga ialah orang yang paling berpengaruh dalam membentuk peribadi anak2 termasuklah mengenai cita rasa.Bagai melentur buluh biarlah daripada rebungnya,ibu bapa perlu menasihati anak2 agar mengutamakan barangan tempatan.Hal ini kerana barangan tempatan mempunyai kualiti yang setanding dengan barangan dari luar negara.

Akhir kata,tidak salah jika remaja mempunyai cita rasa yang tinggi,namun adalah lebih baik jika mereka menginterpretasikannya pada barangan tempatan

Amalan Membaca

Usaha usaha memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat - Presentation Transcript

  1. USAHA-USAHA MEMUPUK MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN MASYARAKAT
  2. PENDAHULUAN
    Sejakkecil , anak-anakdidedahkandenganilmu
    Pelbagaibahanbacaanbagisetiapperingkatusiaditerbitkan .
    Bermacam-macamjenisilmudidedahkankepadamasyarakat.
    Membacamerupakanintipatikejayaan yang amatditekanoleh agama Islam
    Berdasarkanfirman Allah SWT semasamenurunkanayatpertama Al Quran kepadaNabi SAW seterusnyadisebarkankepadaseluruhmanusia
    “ Bacalahdengannamatuhanmu yang menciptakansekalianmakhluk, Diamenciptakanmanusiadarisebukudarahbeku……..”
    ( Surah Al-’Alaq)
  3. USAHA 1: Segala-galanyabermuladirumah
    KELUARGA/MASYARAKAT
    Ibubapamendekatkananak-anakdenganbahan-bahanbacaan
    Menjadikankunjungankekedaibukusebagairutinbagiaktivitikeluarga
    Bahanbacaanilmiahmenjadihadiahutamabagimeraikankejayaandanharilahiranak
    Menjadikantokoh-tokohakademiksebagaiidolakeluarga – biodatatokoh-tokohinisentiasadiceritakankepadaanak-anak
    contoh
    Imam Al-Ghazalidihantarolehibunyabergurudalambidang agama sejakberusia lima tahun
    - Munculsebagaitokohilmuan Islam yang unggulsehinggakini . Buku yang dihasilkansejakseributahunlalumasihmenjadirujukanilmuan Islam sehinggakiniiaituIhyaUlumuddindalampelbagaibahasa.
  4. USAHA 2: PEMERINTAH
    KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
    Melaksanakanbeberapadasar yang wajibdipatuhiolehsemuasekolahdaninstitusipendidikan
    • PROGRAM NILAM-tokohperingkatsekolah, daerah, negeridankebangsaan
    • PROGRAM SATU PELAJAR SEPULUH BUKU bagisetiaptahun
    Galakandisekolah
    Peraduanmengarangesei
    -pelajarperlumembacabagimenghasilkankarya yang berkualiti
    Pengucapanawamdiperhimpunan
  5. Usaha 3: AGENSI KERAJAAN YANG LAIN
    Kementerian/ DewanBahasadanPustaka/Perpustakaan Negara/InstitutTerjemahannegara Malaysia
    Televisyen, radio, internet menjadisaluranmenyampaikanmesejkepentinganmembaca
    -Iklan, rancangandokumentari,
    secaraberterusandapatmenyedarkanrakyattentangkepentinganmembaca
    KementerianPenerangandan Telekomunikasi danDewanBahasadanPustakasertaPerpustakaan Negara sebagaiagensi yang pentingdanberupayamenyebarkanmaklumatkepadaorangramai.
    Memperbanyakbahan-bahanbacaan yang diterjemahdaribahasaasingkebahasaMelayu
    -ilmudapatdikembangkandenganmudahkeranaminatmembacabertambahsebabrakyatmemahamiaopa=apa yang dibacaolehmereka
    IktibardarinegaraJepun; padaawalkebangkitanekononinegaranya…. Banyakbuku-bukuilmiahditerjemahkankedalambahasaJepun
    Kesannya: melahirkanbangsa yang gemarmembacadanakhirnyakiniJepunmenjadigergasiekonomidunia
  6. USAHA 4: PIHAK SWASTA MENERBITKAN BAHAN-BAHAN BACAAN
    Syarikat penerbitanmenghasilkankarya-karyailmiah /bukucerita yang berkualitiYANG LEBIH BANYAK
    Agensiswastamenyediaknruangmembaca yang sesuaikepadapelanggan-pelanggan
    Contoh: Gerabakbukudidalamkeretapi transit ringandi Kuala Lumpur.
  7. USAHA 5: PENGGUNAAN INTERNET SECARA OPTIMUM
    USAHA SEMUA PIHAK
    Memuatnaikbahan-bahanilmiah yang bermutubagisemuaperingkatusia
    • Internet merupakan medium komunikasi yang paling berkesanuntukmenyampaikandanmendapatkanmaklumat.
    • Sebahagianbesarmasamasyarakatkinidihabiskandenganmelayari internet
    • Sebahagianbesarmaklumatdapatdimuatturunsecarapercuma.
  8. FAEDAH-FAEDAH MEMBACA
    SOSIAL
    MASYARAKAT YANG BERPENGETAHUAN LUAS TENTANG PERKEMBANGAN MASYARAKAT SETEMPAT DAN GLOBAL
    MASYARAKAT MAHIR DALAM BIDANG MASING-MASING
    MASYARAKAT YANG BERANI BERSAING UNTUK MENINGKATKAN KEJAYAAN DIRI
    PENDIDIKAN
    MELAHIRKAN RAKYAT YANG BERPENDIDIKAN TINGGI
    MALAYSIA MAMPU MENJADI PUSAT KECEMERLANGAN PENDIDIKAN DI PERINGKAT ANTARABANGSA
    BANYAK INOVASI TERCIPTA KESAN DARI MINAT MEMBACA
  9. FAEDAH-FAEDAH MEMBACA
    EKONOMI
    KEPIMPINAN BEGARA
    GOLONGAN PEMIMPIN YANG BIJAK MEMIMPIN KERANA MEMILIKI ILMU YANG TINGGI DALAM PELBAGAI BIDANG
    - Contoh: Tun Dr. Mahathir Mohammed amatdiseganididuniakeranamampuberbicaradenganbaikdalampelbagaibidangsepertiekonomi
    Pengetahuan yang luasdalambidangprofesionalmampumeningkatkanekonominegara
    Pelaburluaryakinakankebolehanrakyat Malaysia keranamemilikiilmu yang luasdalambidangberkaitan.
  10. FRASA MENARIK
    PERIBAHASA/KATA HIKMAT
    BANGSA MEMBACA BANGSA BERJAYA
    MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA
    BERAT SAMA DIPIKUL,RINGAN SAMA DIJINJING
    SEGALA-GALANYA TERSEDIA DI DEPAN MATA
    BUDAYA ILMU
    ILMU KINI HANYA BERADA DI HUJUNG JARI
    ANTARA MAHU ATAU TIDAK
  11.  Info Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia 1996 Literasi penduduk meningkat 93 peratus. 87 peratus penduduk benar-benar mengamalkan tabiat membaca. 79 peratus rakyat Malaysia membaca akhbar, majalah (47 peratus), buku (52 peratus) dan komik (32 peratus). Akhbar dipilih oleh kelompok berusia 15 tahun hingga 44 tahun. Majalah dibaca sebahagian besar kelompok berumur 15 tahun hingga 34 tahun. Minat membaca buku dan komik pula menurun selepas umur 24 tahun.
    SUMBER RUJUKANhttp://pergh.com/forum/uptown-pergh/budaya-membaca-rakyat-malaysia/msg188137/#msg188137
  12. FAKTOR-FAKTOR MASYARAKAT MALAYSIA KURANG MEMBACAhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0917&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm
    Membaca tidak menjadi budaya orang Malaysia
    Pengaruh suasana dan faktor sekeliling
    Harga buku yang dianggap mahal
    Berasakan membaca tidak penting

PERANAN WANITA DALAM MELAHIRKAN GENERASI BERKUALITI

KARANGAN CONTOH 1

Peranan Wanita Dalam Melahirkan Generasi Yang Berkualiti
Oleh: Hassan bin Mohamed

Kita sering mendengar slogan yang berbunyiPemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
. Kita juga sering mendengar kata-kata bahawa seseorang lelaki yangberjaya, sesungguhnya di belakangnya berdiri seorang wanita yang memberikan sokongan dan inspirasi. Malah pepatah juga ada menyatakanTangan yang menghayun buaian itu, bolehmenggoncang dunia
Demikianlah, kaum wanita itu dilihat sebagai golongan yang bukan sahaja menggambarkan kelembutan tetapi juga memperlihatkan wibawa dan karisma yangtersendiri. Jelasnya, wanita berperanan dalam memupuk dan melahirkan generasi yangberkualiti dan berketerampilan.Terlebih dahulu saya ingin menghuraikan tajuk rencana ini bagi memudahkan perbicangan selanjutnya. Rangkai kata peranan wanitadapat didefinisikan sebagai suatu tugas atau amanah yang dipegang oleh kaum perempuan sama ada kita melihatnya dari segi individu mahupun secara keseluruhannya. Perkataanmelahirkanpula bermaksud suatu usaha yang berterusan dalam memperoleh hasilan daripada sesuatu tindakan atau pengaruh. Sementara, rangkai katagenerasi yang berkualiti merujuk individu atau kumpulan yang berketerampilan dan berkarisma dalam pelbagai aspek seperti aspek fizikal, rohani dan emosi, intelek danjati diri. Secara keseluruhannya, dapatlah dinyatakan bahawa tajuk ini mengutarakan tugas, peranan atau tanggungjawab kaum wanita dalam mewujudkan individu atau warganegara yang berwibawa dalam semua hal yang menyentuh bidang kehidupan.Dalam konteks wanita sebagai ibu, kita dapat melihat bahawa generasi yang terbentuk menerima pengaruh yang berkesan daripada didikan dan sentuhan kasih  sayang daripada ibunya. Kita dapat melihat di negara kita ini bagaimana kaum ibumemperlihatkan kewibawaan dalam memupuk individu yang berkualiti. Dalam bidang akademik misalnya, rata-rata pelajar yang ditemu ramah menyatakan peranan dan tunjuk ajar ibu menjadi alat yang ampuh dan berkesan dalam mencapai kejayaan. NurAmalina Cik Bakri yang mendapat 17A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Tahun 2004 membuktikan kenyataan ini. Malahan, kita dapat membuktikan kemampuan wanita dalam memupuk generasi berkualiti ini melalui anugerah ’Ibu Mithali yangdisediakan oleh kerajaan. Kita dapat melihat tokoh-tokoh wanita ini dengan tabah dan sabar mendidik anak-anak sehingga semua anak mereka mencapai kejayaan yang membanggakan. Masyarakat umum juga mengakui bahawa kesan ketiadaan ibu berbanding dengan ketiadaan bapa, bagi kanak-kanak begitu ketara. Anak yang ketiadaan ibu sering terjerat dengan pelbagai masalah kerana sentuhan kasih ibu tidak ada tandingannya. Oleh sebab itulah, kita sering mendengar kata-katakasih ibu membawa ke syurga
dan‘syurga itu di bawah tapak kaki ibu
.Kita juga dapat melihat lahirnya generasi yang berwibawa dan cemerlang menerusi peranan wanita yang berkerjaya. Dalam bidang pendidikan misalnya, terbukti kaum wanita telah memainkan peranan seiiring dengan kaum lelaki dalam membentuk  warganegara dan generasi yang sihat dan berkebolehan dalam pelbagai aspeksebagaimana yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kaum wanitamampu mendidik anak-anak ini sejak di peringkat Kelas Tadika hinggalah ke peringkat
Pusat Pengajian Tinggi. Kaum wanita dikatakan begitu berjaya mendidik anak-anak di peringkat sekolah rendah kerana sifat keibuan semula jadi. Kaum wanita juga setandingkemampuannya dengan kaum lelaki dalam mendidik pelajar-pelajar di peringkat sekolah menengah dan di Pusat Pengajian Tinggi. Kita juga dapat melihat peranan wanita dalam memupuk generasi yang berkualiti dalam kerjaya yang lain seperti bidang kejururawatan. Usaha mereka dalam memberikan rawatan dan ketabahan mereka dalammelayani pesakit dapat melahirkan generasi yang sihat dan ceria.Dalam konteks wanita berkerjaya ini juga, kita boleh melihatnya menerusi kepemimpinan mereka yang berkesan sebagai ketua atau pemimpin bagi sesebuahorganisasi. Generasi yang menjadi pekerja di bawah pengawasan dan jagaan mereka boleh menjadi insan yang berkualiti melalui tindakan dan amalanKepemimpinan Teladan. Kenyataan ini bersesuaian dengan dasar kerajaan yang memastikan untuk melantik 30% daripada jawatan yang berperanan dalam menentukan dasar negara terdiri daripada kaum wanita.Kita berbanggga mempunyai seorang GabenorBank Negara yang terdiri daripada serang wanita. Hasil kepemimpinan Tan Sri Dr. ZetiAkhtar Aziz misalnya, telah melahirkan pegawai-pegawai yang dedikasi hinggakan negara kita pernah menerima anugerahpengurusan kewangan di peringkat antarabangsa. Dalam menyahut seruan Malaysia Bolehmisalnya, kita berbangga
dengan kejayaan Datuk Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang berjaya menjadi wanita pertama di Asia merentasi Kutub Selatan secara solo. Kejayaan, kegigihan dan ketabahan beliau akan dapat memberikan suntikan semangat kepada generasi mudauntuk mencuba sesuatu yang mencabar fizikal dan minda.Apabila kita melihat peranan wanita sebagai isteri, kita dapat membuktikan bahawa kejayaan seorang suaminya bermula daripada peranan isterinya. Justeru, biasa disebutkan bahawa setiap kali seseorang suami itu terserlah kejayaannya,sesungguhnya kejayaan itu bermula daripada peranan isteri yang berada dibelakangnya. Sebagai contoh, mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Doktor MahathirMohamad berjaya memimpin negara sehingga negara disegani di persada antarabangsa kerana di belakang beliau berdiri kukuh isteri beliau wanita pertamaMalaysia, Tun Dr. Siti Hasmah bt. Mohd Ali. Dorongan, kasih sayang, kesedaran, ilmu dan layanan mesra isteri memberikan ruang yang seluas-luasnya kepada suami untuk menumpukan tugas dengan penuh dedikasi. Golongan suami yang juga merupakan suatu kumpulan generasi dalam negara kita, sudah pasti dapatmemainkan peranan dalam memberikan impak yang positif kepada kemajuan negara.Di samping itu, kita juga dapat melihat peranan wanita dalam melahirkan generasi yangcemerlang menerusi peranan mereka dalam kerja-kerja kebajikan. Kita dapat melihat imej kaum wanita yang terpuji dalam melaksanakan kerja-kerja kebajikan dan berbentuk sukarela. Menerusi penglibatan kaum wanita dalam Badan BukanKerajaan (NGO) seperti Pasukan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY) yang sentiasameyumbangkan bakti dan tenaga dapat memberikan inspirasi kepada generasi muda khususnya, agar terdidik ke arah kehidupan yang berkualiti.Kesimpulannya, benarlah bahawa wanita memainkan peranan dalam melahirkan generasi yang berkualiti. Kita meyakini bahawa kerjasama yang erat antara kaum lelaki dengan kaum wanita di negara kita ini, akan dapat melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang, insya-Allah.

Peranan Ibu Bapa Dalam Mengatasi Masalah Remaja

thumb_ibubapa2.jpegRemaja,

Ingatlah masa depanmu,

Kenanglah,

Jasa ibu dan ayahmu,

Susah payah mereka membesarkan kita.

Cebisan puisi di atas cukup jelas memanifestasikan satu mesej kepada pararemaja supaya sentiasa menghargai ibu dan bapa mereka. Umum mengetahui, para remaja marcapada ini terlalu lalai dan leka dibuai arus modenisasi. Penglibatan mereka dalam delinkuen social sudah menjadi buah mulut dan mauduk utama perbualan orang mutakhir ini. Justeru, ibu bapa dilihat sebagai satu komponen paling utama malah turut dianggap formula yang cukup mujarab bagi mengatasi masalah dalam kalangan remaja.

Pertama, ibu bapa perlu menghulurkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada anak-anak. Hal ini demikian kerana remaja merupakan golongan yang sangat menginginkan perhatian. Naluri mereka yang mudah memberontak sudah pasti dapat ditenangkan menerusi perasaan cinta ibu bapa terhadap anak-anak. Api kemarahan dan banteng keegoan yang menebal di dada mereka pasti mudah diruntuhkan dengan kasih sayang ibarat menatang minyak yang penuh kepada anak-anak. Andai kata remaja ketandusan kasih sayang, sudah pasti mereka akan mecari haluan lain untuk melepaskan diri dari kepompong ketidakselesaan. Natijahnya, mereka akan mula berjinak-jinak dengan najis dadah dan tidak mustahil akan terjerumus dalam kancah kemaksiatan. Berdasarkan statistic yang dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, kadar remaja lari dari rumah kian meningkat sebanyak 5.7 peratus dari tahun 2007 ke 2008. Justeru, sebelum nasi sudah menjadi bubur, ibu bapa perlu mengutamakan anak-anak mereka berbanding hal-hal lain.
thumb_ibubapa.jpegSelain itu, ibu bapa juga perlu meluangkan masa bersama anak-anak. Hal ini cukup bertepatan dengan langkah Kementerian Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat yang telah mengisytiharkan cuti pada hari Sabtu dan Ahad kepada semua pegawai kerajaan. Perkara ini cukup membuktikan keprihatinan kerajaan Malaysia dalam menyediakan ruang dan peluang kepada ibu bapa untuk bersama anak-anak. Percayalah, anak-anak akan berasa lebih dihargai apabila ibu bapamenghabiskan masa berkualiti bersama mereka. Tamsilannya, ibu bapa boleh membawa anak-anak melancong, beriadah bersama-sama malahan menjalankan aktiviti kerohanian secara berjemaah. Melihat kepada scenario masyarakat kontemporari, ibu bapa lebih cenderung untuk mengejar materialistic dan menjadikan pejabat sebagai rumah kedua mereka. Sikap “ibarat enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing” ini perlu dikikis segera bagi memastikan para remaja tidak terlibat dalam gejala social. Maka, jelaslah anak-anak remaja perlu dijadikan priority utama dalam usaha membendung kemelut ini.

Di samping itu, ibu bapa perlu menyediakan pendidikan yang secukupnya kepada anak-anak. Pendidikan ini merangkumi pendidikan formal mahupun pendidikan tidak formal. Tindakan kerajaan Malaysia mewajibkan keseluruhan kanak-kanak di negara ini mendapat pendidikan di sekolah amatlah wajar dan perlu disokong. Sehubungan dengan itu, ibu bapa perlulah memastikan anak-anak mereka memperoleh pendidikan sewajarnya, selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sementelahan itu, ibu bapa juga perlu menerapkan pendidikan berbentuk tidak formal kepada anak-anak.

Pengajaran ilmu-ilmu agama dan nilai-nilai murni selaras dengan norma masyarakat pada hari ini amat penting bagi memastikan kerohanian yang mantap dalam diri anak-anak. Ingatlah, “segala-galanya bermula di rumah”. Begitulah ungkapan kalimah tokoh filsuf terkenal, Franklin D. Roosevelt. Maka, ibu bapalah yang bertindak sebagai agen pencorak utama karakter anak-anak agar mereka tidak mencetuskan cangkaliwang pada hari muka. Justeru, penerapan pendidikan yang sempurna pasti dapat menangani masalah ini.
thumb_remaja1.jpegSeterusnya, ibu bapa perlu mengawasi perilaku anak-anak. Peribahasa Melayu ada menyebut,” kalau tiada angin masakan pokok akan bergoyang”. Setiap perbuatan yang dilakukan oleh anak-anak pasti ada penyebabnya. Sehubungan dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapauntuk sentiasa mengikuti perkembangan diri anak-anak remaja mereka. Pergaulan bebas anatara lelaki dan perempuan sudah sinonim dengan masyarakat. Seluar ketat, baju singkat hingga menampakkan pusat ibarat suatu adat. Maka, di sinilah ibu bapa perlu memainkan peranannya iaitu meninjau perubahan sikap anak-anak mereka. Serbuan pihak polis di kota metropolitan Kuala Lumpur iaitu di kelab-kelab malam di sana mendapati hampir 15 peratus anak-anak remaja di bawah umur ditahan positif dadah. Perkara ini jelas menunjukkan andai ibu bapa membiarkan anak-anak mereka tanpa tempat bergantung, mereka akan mudah terlibat dalam kebejatan sosial pada masa ini. Maka, ibu bapa perlu bertindak proaktif dan pragmatic dalam usaha membasmi gejala sosial dalam kalangan anak-anak remaja.
thumb_remaja2.jpegAkhir sekali, ibu bapa perlu melengkapkan keperluan asas anak-anak. Sekali air bah, sekali pantai berubah. Begitu juga dengan perkembangan dunia yang kian ekstrem menjengah kita. Justeru, dalam kita mengharung arus pascamodenisme, sudah tentu anak remaja tidak mahu dihimpit dengan ketidakselesaan dan pemikiran yang jumud. Maka, sebagai ibu bapa, mereka perlu menyediakan keperluan asas anak-anak bagi menjamin keselesaan. Tempat tinggal yang kondusif, pakaian yang bersesuaian serta makanan dan minuman yang berkhasiat perlu disediakan. Hal ini amat penting bagi memastikan anak-anak berasa seronok berada di rumah lantas tidak terlibat dalam gejala sosial. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh sekumpulan mahasiswa Fakulti Sains Kemasyarakatan, Universiti Malaya, anak-anak remaja daripada golongan miskin lebih cenderung untuk terlibat dalam penagihan najis dadah. Hal ini pastinya akan dapat dibendung andai segala keperluan asas remaja dilengkapkan walaupun ibu bapatidak melambakkan kemewahan kepada mereka.
thumb_remaja3.jpegIntihanya, ibu bapa perlu memantapkan kemahiran keibubapaan mereka lagi dalam mendidik anak-anak. Contohilah ketokohan Luqmanul Hakim yang cukup hebat mendidik anak-anaknya berorientasikan Al-quran dan al-Hadis. Kita tidak mahuremaja-remaja yang bobrok dan kaya dengan pidana dihasilkan. Sebaliknya, kita inginkan barisan remaja yang berkaliber, cukup syumul dan utopia hasil didikan kedua-dua ibu bapa mereka. Marilah kita berubah, “sebelum padi di tangan menjadi lalang” dan “ayam ditambat disambar helang”, ayuhlah ibu bapa, berkorbanlah demi masa depan anak-anak tercinta.

Berkorban apa sahaja,

Harta ataupun nyawa,

Itulah kasih mesra,

Sejati dan mulia.

Ingatlah, ibu bapa cemerlang, anak-anak gemilang!

Kebaikan Amalan Gotong Royong- Rangka Karangan

1. dapat memperindah tempat tinggal- merupakan keperluan asas untuk hidup dengan selesa
- tempat tinggal kita tidak akan menjadi sekadar indah khabar daripada rupa- dapat memahami jiran dengan lebih mendalam (tak kenal maka tak cinta)
- akan sentiasa diziarahi oleh rakan-rakan dan sanak-saudara kita
- dapat menghijaukan bumi (sambil menyelam minum air)
- akan mewujudkan masyarakat yang bekerjasama (bersatu kita teguh bercerai kita roboh)

2. dapat membersihkan tempat tinggal daripada menjadi vektor penyakit- dapat mencegah dan menjauhi penyakit (mencegah lebih baik daripada mengubati)
- mengekalkan kesihatan dan keadaan yang selesa di kawasan tempat tinggal

3. sebagai agen perpaduan- Kajian Jabatan Perpaduan Negara mendapati jurang pemisah antara kaum semakin lebar dari setahun ke setahun (rambut sama hitam, hati lain-lain)
- dapat menghapuskan sikap masyarakat yang seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing- seseorang yang berlainan kaum berinteraksi dengan seseorang yang berlainan kaum
- dapat mengenali kebudayaan kaum lain
- akan lebih dapat mempercayai masyarakat sekeliling dan menghormati antara satu sama lain
- hidup saling membantu (bagai aur dengan tebing)

4. dapat memupuk nilai murni dalam sanubari- Tun Dr.Mahathir, mantan Perdana Menteri ke-4 pernah menegaskan bahawa dengan melibatkan diri dalam kegiatan bergotong-royong, kita berupaya menerap pelbagai nilai murni dalam diri (serampang dua mata)
- akan mentransformasikan kita sebagai orang yang lebih disukai dan diterima oleh masyarakat - mampu memasyarakatkan rakyat Malaysia (bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat)

5. dapat menghidupkan semangat kejiranan- dapat mengenali jiran secara mendalam
- terbuka hati untuk menegur jiran kita
- dapat menjalin dan meningkatkan hubungan sesama jiran melalui pengagihan tugasan (berat sama dipikul, ringan sama dijinjing)
- menjadi sahabat kita dan orang yang pertama akan membantu apabila kita menghadapi kesusahan nanti (jiran sepakat membawa berkat)

Kesan Penggunaan Kad Kredit

Kini, penggunaan kad kredit bukan lagi satu kemewahan tetapi satu keperluan yang kian menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita. Apakah kesan-kesan penggunaan kad kredit?

Pendahuluan

• duit plastik
• sudah menjadi budaya popular masyarakat masa ini
• pengganti wang tunai
• penggunaannya semakin popular
• mudah dipohon (gaji RM1800/thn)
• Visa kad, Master kad
• memberi kesan baik dan kesan buruk kepada pemiliknya.


Kesan baik1. Menyenangkan urusan seharian• pemegang kad boleh membayar bil-bil seperti bil elektrik, air, telefon serta membeli-belah melalui melayari laman sesawang tertentu
• cuma perlu menurunkan tandatangan pada bil barang yang dibeli, usah risau bahawa wang tunai yang dibawa tidak mencukupi
• bayaran kad kredit boleh dilakukan secara ansuran mengikut kemampuan pemegang kad
• Citibank yang menawarkan kemudahan pembayaran tol Touch N Go, penambahan nilai kad prabayar bagi telefon bimbit merupakan antara contohnya.


2. Keselamatan pemegang kad kredit dapat dijamin• Pemilik kad kredit tidak bimbang - kurang risiko kecurian
• Tidak perlu membawa wang tunai yang banyak, maka menurunkan risiko seperti dirompak atau diragut.
• Sekiranya kad kredit telah hilang atau dicuri, pemegang boleh membuat laporan supaya kad dan butir-butir diri tidak akan disalahgunakan - pembatalan serta-merta sebarang bentuk transaksi
• kad kredit tidak boleh dipindah milik berbanding wang tunai - sebarang urusan pembelian memerlukan pengesahan pemilik kad - tandatangan


3. Kad kredit membantu meneruskan kelangsungan hidup.
• Dalam situasi tertentu terutamanya semasa kecemasan, kad kredit boleh digunakan buat sementara untuk membeli barang keperluan keluarga, membiayai yuran sekolah anak-anak, kos perubatan ahli keluarga yang membebankan sekiranya gaji belum lagi diperoleh.
• Namun begitu, hutang tersebut mesti dijelaskan kepada pihak bank selagi masalah kewangan belum diatasi.


4. kemudahan pinjaman tunai• boleh mengatasi kes-kes kecemasan
• boleh buat overdraf
• menyelesaikan masalah kewangan buat sementara waktu


5. tawaran istimewa• perlindungan insurans - insurans kemalangan, insurans perjalanan
• hadiah promosi - telefon bimbit, barangan elektrik, baucer pecutian
• kadar faedah rendah atau tiada langsng faedah apabila menggunakan kad kredit dengan syarat-syarat tertentu


Kesan buruk
1. Melahirkan masyarakat yang suka berhutang dan budaya berbelanja yang kurang sihat dan tidak terkawal• Pemegang kad kredit- bebas berbelanja mengikut nafsu/ tanpa had- sikap ‘senang dahulu susah kemudian menyulitkan kehidupan mereka nanti
• Kemudahan kad kredit menggalakkan pemegang kad berbelanja lebih daripada pendapatan mereka
• Sikap suka berhutang boleh menyebabkan individu terjebak dalam masalah yang lebih serius seperti muflis atau meminjam wang daripada lintah darat.
• dikenakan faedah lewat bayar 1.5% sebulan atau 18% setahun
• boleh diisytiharkan muflis- hudup menjadi menderita


2. Mudah melakukan penipuan• urusan menggunakan komputer - mudah berlaku penyelewengan
• maklumat sulit terdedah ketika diproses oleh mesin pemprosesan
• kad boleh diklonkan - digunakan oleh orang lain untuk berbelanja
• pemilik menanggung akibat buruk - proses mahkamah yang menyulitkan


3. Mendatangkan kesan negatif kepada ekonomi negara• Perbelanjaan secara tidak terkawal menjurus kepada masalah permintaan melebihi penawaran.
• Dalam erti kata lain, masalah inflasi di dalam negara akan berlaku dan seterusnya menyebabkan negara terancam oleh kemelesatan ekonomi
• harga barang-barang akan meningkat kerana permintaan melebihi penawaran


Kesimpulan• harus berdisplin
• boleh mengawal diri ketika berbelanja

Back to Top