Tatabahasa

Menukarkan Ayat Aktif ke Ayat Pasif

Sering kali, pelajar melakukan kesilapan apabila menukar ayat aktif transitif kepada ayat pasif apabila melibatkan ganti nama diri pertama dan kedua.
Antara ganti nama diri pertama ialah saya, hamba, aku, kami dan kita manakala ganti nama diri kedua ialah awak, engkau, kamu, anda, dan tuan.
Dalam ayat pasif melibatkan ganti nama diri pertama dan kedua, perlu diingat bahawa:
1. Tidak boleh menggunakan kata “oleh”,
2. Kata bantu seperti akan, sedang dsb. mesti hadir sebelum ganti nama diri.
3. Ganti nama diri : contohnya, saya, anda mesti diikuti oleh kata kerja : contohnya, tulis, baca , sepak.
4. Kata kerja mestilah menjadi kata dasar seperti tulis bukannya menulis, baca bukannya membaca.
Contoh 1
Ayat Aktif Transitif : Saya akan menulis rencana tentang isu vandalisme.
Ayat Pasif : Rencana tentang isu vandalisme akan saya tulis.
Contoh 2
Ayat Aktif Transitif : Anda telah menutup botol itu.
Ayat Pasif : Botol itu telah anda tutup.
Cuba anda tukarkan ayat aktif transitif di bawah dan seterusnya betulkan contoh-contoh ayat pasif yang diberikan.
Sebaik sahaja loceng sekolah dibunyikan, awak telah memanggil Amran ke dalam kelas.
Amran telah dipanggil oleh awak ke dalam kelas sebaik sahaja loceng sekolah dibunyikan.
(Ayat pasif ini salah kerana oleh diikuti oleh ganti nama diri pertama atau kedua).
Amran, awak telah panggil ke dalam kelas sebaik sahaja loceng sekolah dibunyikan.
(Ayat pasif ini salah kerana ganti nama diri pertama/kedua mestilah diikuti oleh kata kerja).
Yang betul ialah :
Amran telah awak panggil ke dalam kelas sebaik sahaja loceng sekolah dibunyikan.

Perihal Imbuhan meN-

Dalam bahasa Melayu, antara imbuhan yang tinggi kekerapan penggunaannya ialah imbuhan kata kerja meN-.  Daripada kekerapan yang tinggi itu, banyak pula kesalahan penggunaannya dan kesalahan ejaan yang dapat ditemukan.Maksud N dalam awalan meN- itu ialah bentuk nasal yang menjadikan kelainan meN- seperti mem-, mem-, dan meng- bentuk nasal juga. Terjadinya demikian itu bergantung pula bunyi huruf pertama dalam kata dasar yang akan bergabung dengan meN-.  Jikalau kata dasar bermula dengan huruf d, iaitu  letupan gusi, maka nasal yang akan digunakan juga merupakan nasal gusi,  iaitu n, menjadikan awalan itu men-. Awalan meN- ialah awalan yang membentuk kata kerja aktif sama ada kata kerja transitif atau tak transitif.
Dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi  Baharu, awalan meN- ini mempunyai empat bentuk kelainan, bergantung pada  bunyi huruf pertama kata dasar yang bercantum dengannya. Kelainan yang  dimaksudkan itu ialah me-, mem-, men-, dan menge-. Men- menjadi me- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan bunyi huruf m, n, ny, ng, r, l, w, dan y. Contohnya: memasang, menanti, menyanyi, menganga, meratakan, melempar, mewariskan, dan meyakinkan.  Kata dasar bahasa Melayu yang bermula dengan bunyi huruf, k, s, p, dan t  juga menerima awalan me- ini. Dalam hal ini, huruf pertama dalam kata dasar menjadi bentuk sengau yang sama daerah artikulasinya , iaitu m bagi  p, n bagi t, ng bagi k, dan ny bagi s, seperti dalam contoh yang berikut: mengasih (kasih), menyalin (salin), memesan (pesan), dan menari (tari),
Men- menjadi mem- pula apabila bergabung dengan perkataan yang bermula  dengan bunyi huruf b, dan perkataan serapan (pinjaman) yang bermula dengan  bunyi huruf f, p dan v, gugus konsonan yang bermula dengan bunyi b dan p.  Contohnya : membawa, membalas, membeli, dan lain-lain seumpamanya.     
Daripada kata bahasa serapan, seperti bahasa Inggeris, terbit bentuk  memveto (veto), mempopular (popular). Daripada bahasa Arab kita temukan  perkataan (fitnah), memfatwa (fatwa), dan daripada bahasa Jawa:  mempamerkan. Kemudian daripada gugus konsonan kita temukan pula  perkataan-perkataan seperti memproses (proses), memplagiat (plagiat),  memblok (blok), dan membrek (brek).MeN- menjadi meng-, dan bergabung dengan dasar yang bermula dengan  huruf-huruf konsonan g (menggulung), gh (mengghaibkan), kh  (mengkhayalkan), dan h (menghantar) dan bunyi-bunyi vokal a (mengambil),  (mengelak), i (mengikat). o (mengolah), dan u (mengulit).
Di samping meng-, terdapat juga bentuk menge-. Banyak juga orang keliru dengan bentuk menge- ini. Bila menge- ini digunakan? Sebenarnya, meng- menjadi menge- apabila awalan ini bergabung dengan kata dasar yang terdiri daripada perkataan satu suku kata atau ekasuku. Contohnya,  perkataan-perkataan cat, had, khas, lap, sah. Kesemua perkataan yang  tersenarai itu boleh bergabung dengan menge- membentuk kata terbitan  seperti mengecat, mengehad, mengekhas, mengelap, dan mengesah. Bentuk-bentuk mengecat, mengehad, dan lain-lain seumpamanya itu tidak  terdiri daripada kata dasar *ecat, *ehad, *ekhas, *elap dan *esah yang  telah menerima awalan meng-. Bunyi e pepet yang ditambahkan kepada awalan  meng- menjadi menge- berfungsi melembutkan sebutan perkataan-perkataan  tersebut. Cubalah amati sebutan bunyi antara *mebom / membom / menbom /  mengbom dengan mengebom, atau bunyi *mehad/ *memhad / *menhad / *menghad  dengan bunyi mengehad; ternyata sebutan bunyi mengebom dan mengehad lebihhalus daripada bunyi bentuk yang lain yang bersifat agak kasar atau  mengejut.
Demikianlah penjelasan tentang awalan meN- bahasa Melayu.

Kata Kerja

Kata kerja merupakan golongan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya. Kata kerja terbahagi kepada, kata kerja transitif ( Perbuatan Melampau ) dan kata kerja tak transitif ( Perbuatan tidak Melampau ).
Kata kerja terbahagi kepada : 
A. Kata Kerja Transitif ( Perbuatan Melampau )
B. Kata Kerja Tak Transitif ( Perbuatan tidak Melampau )

A. Kata Kerja Transitif
1. Kata Kerja Transitf ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain.Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ).
2. Ayat ini mesti ada peyambutnya ( objek )
3. Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.
1. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama.
Contohnya: Atan mendengar radio.
mendengar ialah kata kerja transitif
radio ialah objek (kata nama)
Kata kerja transitif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper, memper...i, dan memper...kan. Contohnya:
Contoh ayat :
1. Kucing itu menangkap seekor burung.
2. perempuan itu menjual sayur.
3. Bapa sedang menulis surat.

B. Kata Kerja Tak Transitif
Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Oleh itu ia tidak mempunyai penyambut.
Contohnya ::
1. Mereka berjalan pada hari cuti.
2. Anjing itu sedang tidur.
3. Hujan turun dengan lebatnya semalam.
Dalam ayat pertama Mereka melakukan berjalan, tidak kepada benda lain.
Dalam ayat kedua Anjing melakukan tidur, tidak kepada benda lain.
Dalam ayat ketiga Hujan melakukan turun, tidak kepada benda lain.
Subjek ( pembuat )
Kata kerja tak Transitif
keterangan
Kami
mandi
di tasek itu.
Dia
senyum
semasa berjalan
Saya
menyanyi
dengan kuat
Hassan
berjalan
ke sekolah
7.1 Kata Kerja Tak Transitif
1. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat, yakni tidak memerlukan objek lagi.
2. Kata kerja tak transitif ada yang berbentuk asal dan ada yang berimbuhan ber, men, ter, ber... an,
dan ber...kan. Contohnya: (a) Ravi belum datang lagi. (b) Muridmurid sedang belajar. (c) Sungai itu mengalir deras.
Peringatan
Tiap-tiap kata kerja tak transitif boleh dijadikan kata kerja transitif dengan menambah ‘kan’ atau ‘ I’
di hujungnya.
Contoh ayat:
1. Mereka menjalankan jentera itu.
2. Emak sedang menidurkan adik.
3. Pekerja itu menurunkan barang-barang dari atas lori.
4. Halim mengikuti perbualan mereka.
5. Saya sudahi syarahan saya ini dengan ucapan salam.

Kata Kerja Tak Transitif

Kata Kerja Tak Transitif

1. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat, yakni tidak memerlukan objek lagi.
2. Kata kerja tak transitif ada yang berbentuk asal dan ada yang berimbuhan ber, men, ter, ber... an,
dan ber...kan. Contohnya: (a) Ravi belum datang lagi. (b) Muridmurid sedang belajar. (c) Sungai itu mengalir deras.
Peringatan
Tiap-tiap kata kerja tak transitif boleh dijadikan kata kerja transitif dengan menambah ‘kan’ atau ‘ I’
di hujungnya.
Contoh ayat:
1. Mereka menjalankan jentera itu.
2. Emak sedang menidurkan adik.
3. Pekerja itu menurunkan barang-barang dari atas lori.
4. Halim mengikuti perbualan mereka.
5. Saya sudahi syarahan saya ini dengan ucapan salam.

Menukarkan Cakap Pindah Kepada Cakap Ajuk

Cakap ajuk boleh ditulis dalam dua cara:
(a) Ayat bentuk dialog dengan pengunaan tanda pengikat kata ("...").
(b) Ayat bentuk dialog yang tersusun mengikut turutan penutur. Nama penutur ditulis pada sebelah kiri sahaja. Tidak perlu tanda pengikat kata.
1 Anda perlu menukarkan kata ganti diri, masa dan tempat kepada bentuk kata diri ganti yang sesuai dalam ayat. Kata ganti diti "dia" ditukar menjadi "saya", "aku" menjadi nama seseorang, "mereka" menjadi "kami", "disana,disitu" menjadi "disini", "masa itu" menjadi "masa ini".
2 Pastikan tidak ada isi yang ditambah atau yang ditinggalkan ketika menukarkan dialog.
3 Anda perlu menulis tanda soal (?), dan tanda seru (!) dalam ayat yang ditukar. Frasa kata seru hendaklah ditukar dengan kata seru yang sesuai seperti "wah", "memuji ", "Aduh", "menyatakan sakit atau mengaduh" dan sebagainya.
4 Pengunaan kata singkatan boleh digunakan seperti "nak" untuk "hendak", "mak" untuk "emak", "dah" untuk "sudah", "mau" untuk "mahu".
5 Perkataan bahasa Arab seperti alhamdulillah, astaufirrullah, lahaulawala kuwataila dan sebagainya boleh digunakan. Sebagai contoh, "alhamdulillah" bagi "mengucap syukur", lahaulawala kuwatailla" bagi "mengucap panjang".
6 Unsur-unsur slanga dan dialek boleh digunakan. Sebagai contoh "jom" untuk "mengajak", "satsat" untuk "sebentar", "bergebang" untuk "berbual kosong".
7 Anda boleh menambah imbuhan pada kata-kata yang sesuai agar menjadi ayat yang lengkap.
8 Jangan mencampuradukkan bentuk cakap pindah dan cakap ajuk sekali gus. Elakkan kesalahan tatabahasa, tanda baca, ejaan dan penggunaan kata.
9 Jangan mengubah maksud dan struktur ayat asal.

Soalan Latihan

Tukarkan cakap pindah di bawah kepada cakap ajuk dengan mengekalkan maksud asalnya. Gunakan bahasa yang gramatis.

Amir menerangkan kepada Hazmi bahawa giginya sakit sejak semalamnya. Hazmi menyuruh Amir bersegera ke klinik gigi. Amir memberitahu bahawa dia takut sekira giginya dicabut. Hazmi menjelaskan kepada Amir agar tidak takut giginya akan dicabut kerana sekiranya kerosakan giginya besar sahaja barulah akan dicabut. Amir bertanya kepada Hazmi jika ada cara lain. Amir memberitahu sekiranya akar gigi Amir masih kuat doktor hanya menampal lubang pada gigi Amir. Amir berseruju untuk ke klinik gigi pada masa itu juga.


Jawapan


"Gigi aku sakit sejak semalam," terang Amir kepada Hazmi.
"Baik kamu cepat ke klinik gigi," beritahu Hazmi.
"Aku takutlah, nanti gigi aku kena cabut," balas Amir.
"Alah jangan kamu jangan takut, kalau rosak banyak barulah dicabut," jelas Hazmi.
"Selain kena cabut, ada tak cara lain?" tanya Amir.
"Kalau akar gigi kamu masih kuat doktor tidak cabut tetapi dia hanya tampal lubang pada gigi kamu sahaja," beritahu Hazmi,
"Jika begitu, biarlah aku ke klinik gigi sekarang," jawab Amir.

Bina Ayat. (Soalan 3a)

1. Pastikan tiada kesalahan ejaan/jalan bahasa/tanda baca dalam ayat yang dibina.

2. Perkataan tidak boleh digunakan sebagai peribahasa.

3. Perkataan tidak boleh digunakan sebagai kata nama khas.

4. Calon boleh memberikan makna atau difinisi bagi setiap perkataan.

5. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda baca.

6. Jangan menambah atau mengubah imbuhan perkataan yang diberi.

7. Bina ayat tunggal dengan pengkhususan kepada perkataan yang diberi.

Menukarkan Cakap ajuk kepada Cakap Pindah

Anda perlu menukarkan kata ganti diri,masa,dan tempat kepada bentuk kata diri ganti yang sesuai dalam dialog. Kata ganti diri "saya"ditukar menjadi "dia","kami"menjadi "mereka","di sini"menjadi "di sana","masa ini"menjadi "masa itu".

2. Pastikan tidak ada isi yang ditambah atau yang ditinggalkan ketika menukarkan perbualan. 

3. Kata seru (!) seperti cis, amboi, aduh dan sebagainya hendaklah ditukar menjadi frasa mengikut konteks ayat. Ccontoh: "Cis"- dengan marah,"Eh"- dengan hairan,"Aduh"- sambil mengerang kesakitan.

4. Struktur ayat perlu betul, pengolahan hendaklah baik mengikut susunan teks asal dan lancar.

5. Ayat perintah ditukat kepada frasa yang sesuai. Contoh: "Jangan" - melarang, "Sila masuk" - menjemput.

6. Penggunaan kata singkatan mesti ditukar kepada perkataan yang lengkap seperti "nak" menjadi "hendak", "mak" menjadi "emak", "dah" menjadi "sudah", "mau" menjadi "mahu".

7. Perkataan bahasa Arab seperti "alhamdulillah" ditukar kepada maksud ayat, iaitu "mengucap syukur".

8. Unsur-unsur slanga dan dialek hendaklah dibuang dan ditukar kepada bahasa baku, contohnya "jom" menjadi "mengajak", "satsat" menjadi "sebentar" dan "bergebang" menjadi "berbual kosong".

9. Jangan mencampuradukkan bentuk cakap ajuk dan cakap pindah sekali gus.

10. Elakkan kesalahan tatabahasa, tanda baca, ejaan dan penggunaan kata.



Latihan

Tukarkan petikan berikut ke dalam bentuk karangan biasa menggunakan cakap pindah.

Asmadi: Bila kaupulang dari luar negeri?
Maria: Dah seminggu dah, kau macam mana. Masih tinggal di kampung ni ke?
Asmadi: Begitulah, Maria, aku ni tak pandai macam kau. Jadi tempat aku di sini sajalah.
Maria: Tak apalah, Madi. Di mana-mana pun ada rezeki asalkan kita rajin. Lagipun aku dengar kau dah ada perniagaan sendiri sekarang.
Asmadi: Aku setuju dengan pandangan kau tu. Perniagaan aku tu, kecil-kecilan saja.
Maria: Baguslah, walaupun kecil aku bangga dengan usaha kau.
Asmadi: Terima kasih.

Skema Jawapan


Asamadi menanyakan Maria tentang kepulangannya dari luar negera. Maria menjelaskan bahawa sudah seminggu dia pulang. Maria seterusnya menanyakan khabar Asmadi serta ingin penjelasan sama ada dia masih tinggal di kampung itu atau tidak. Asmadi mengiakan sahaja pertanyaan Maria sambil dengan rendah diri mengakui bahawa dia tidak pandai seperti Maria, justeru kampunglah menjadi tempat tinggalnya. Walau bagaimanapun Maria memujuk Asmadi dengan mengatakan bahawa rezeki ada di mana-mana sahaja asalkan mereka rajin. Maria juga menjelaskan bahawa dia tahu yang Asmadi kini telah mempunyai perniagaannya sendiri. Asmadi bersetuju dengan pendapat Maria itu dan menyatakan bahawa perniagaannya hanya secara kecil-kecilan. Maria memuji usaha Asmadi walaupun perniagaan cuma kecil-kecilan. Asmadi membalas pujian Maria dengan mengucapkan terima kasih.

3 Amalan yang Paling Berkat

Dari Ibnu Mas’ud r.a bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w, :”Manakah amal yang lebih utama?” Beliau menjawab,:”Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah.” (Riwayat Bukhari) 

Huraian
Di dalam al-Quran dinyatakan bahawa setiap amal perbuatan atau amal ibadah walau sekecil zarah sekalipun pasti dibalas dengan pahala oleh Allah S.W.T. Bayangkan, jika kita melakukan amal perbuatan atau amal ibadah yang paling utama tentulah jumlah pahalanya luar biasa banyaknya. Maka beruntunglah orang yang dapat melakukan amalan-amalan seperti yang disebutkan di dalam hadith di atas yang sememangnya sungguh besar ganjarannya. Hal ini disebabkan setiap sesuatu kebaikan itu sesungguhnya amat susah untuk dilakukan lantaran terlalu banyak godaan dan halangan khususnya daripada syaitan laknatullah. Berbeza pula halnya dengan kejahatan yang senang sahaja berlaku kerana ini tidak dihalang bahkan dibantu khusus oleh syaitan. Oleh yang demikian, sebagai benteng yang kukuh, manusia mestilah mempunyai keimanan yang teguh bagi melawan hasutan syaitan tersebut kerana kebiasaannya orang yang selalu tewas dan malas dalam melakukan kebajikan adalah orang yang meremehkan pembalasan daripada Allah S.W.T sama ada ia merupakan pembalasan baik atau pembalasan buruk (neraka).

Kata majmuk yang telah mantap

Antarabangsa
beritahu
bumiputera
jawatankuasa
kakitngan
kerjasama
olahraga
matahari
setiausaha
suruhanjaya
tandatangan
tanggungjawab
warganegara
pesuruhjaya

KATMAJMUK YANG TELAH MANTAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjtqG7b2aJY3x-ny9RbYJP2J2FCp4_twPGpzCyBaxpGgklZ3IeLYONoaTlbPuAqJ_ccYsMd5G9kddkK0SE-J6jsKuM-fn8erY3Ubbs1jw2nByTAYe4Y3bqjIpTzBRk6ITQ1m18NGvnpVbE/s1600/kata+majmuk+mantap.jpg

Beberapa Masalah Penggunaan Kata Dalam Ayat

1. Salah: Ada berbagai barang di kedai itu.
Betul: Ada berbagai-bagai barang di kedai itu.
Ada pelbagai barang di kedai itu.

2. Salah: Ali dihadiahkan sebuah buku harian.
Betul: Ali dihadiahi sebuah buku harian.

3. Salah: Saya menghadiahkan Salim sebuah basikal.
Betul: Saya menghadiahi Salim sebuah basikal.

4. Salah: Buku itu dihadiahi kepada Ali.
Betul: Buku itu dihadiahkan kepada Ali.

5. Salah: Dia merindukan anaknya.
Betul: Dia merindui anaknya.
Dia rindu akan anaknya.

6. Salah: Ibu meniduri adik.
Betul: Ibu menidurkan adik.

7. Salah: Hakim menjatuhkan pembunuh itu hukuman gantung.
Betul: Hakim telah menjatuhi pembunuh itu hukuman gantung.

8.Salah: Hakim telah menjatuhi hukuman gantung kepada pembunuh itu.
Betul: Hakim telah menjatuhkan hukuman gantung kepada pembunuh itu.

9. Salah: Pembunuh itu telah dijatuhkan hukuman gantung.
Betul: Pembunuh itu telah dijatuhi hukuman gantung.

10.Salah: Bangunan itu adalah Komtar.
Betul: Bangunan itu ialah Komtar.

11. Salah: Perkara itu ialah benar.
Betul: Perkara itu adalah benar.

12. Salah: Bola itu ditendang oleh saya.
Betul: Bola itu saya tendang.

13. Salah: Bola itu Ali tendang.
Betul: Bola itu ditendang oleh Ali.

14. Salah: Di masa cuti sekolah, banyak orang yang balik kampung.
Betul: Pada masa cuti sekolah, banyak orang yang balik ke kampung.

15. Salah: Dia menceburkan diri di bidang perniagaan.
Betul: Dia menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

16. Salah: Dalam bilik itu ada banyak nyamuk.
Betul: Di dalam bilik itu ada banyak nyamuk.

17. Salah: Di atas perhatian daripada pihak tuan, saya mengucapkan terima kasih.
Betul: Atas perhatian daripada pihak tuan, saya mengucapkan terima kasih.

18. Salah: Bersama surat ini saya lampirkan borang kaji selidik.
Betul: Bersama-sama surat ini saya lampirkan borang kaji selidik.

19. Salah: Saya tidak menyebelahi kedua belah pihak yang bermusuhan itu.
Betul: Saya tidak menyebelahi kedua-dua belah pihak yang bermusuhan itu.

20. Salah: Saya tidak akan mensiakan peluang ini.
Betul: Saya tidak akan mensia-siakan peluang ini.

21. Salah: Setengah orang tidak suka makan makanan yang manis-manis.
Betul: Setengah-setengah/sesetengah orang tidak suka makan makanan yang manis-manis.

22. Salah: Dia selalu berkunjung Eropah.
Betul: Dia selalu berkunjung ke Eropah.

23. Salah: Di antara yang hadir ke majlis tersebut ialah ibu saya.
Betul: Antara yang hadir ke majlis tersebut ialah ibu saya.

24. Salah: Rumah Zahari terletak antara Batu Pahat dengan Parit Raja.
Betul: Rumah Zahari terletak di antara Batu Pahat dengan Parit Raja.

25. Salah: Kerjasama di antara dua buah negara akan diteruskan lagi.
Betul: Kerjasama antara dua buah negara akan diteruskan lagi.

26. Salah: Dia belajar dari pengalaman.
Betul: Dia belajar daripada pengalaman.

27. 
Salah: Buku itu dia hantar ke perpustakaan.
Betul: Buku itu dihantar olehnya ke perpustakaan.

28. Salah: Kertas itu dimasukkan dalam laci
Betul: Kertas itu dimasukkan ke dalam laci.

29. Salah: Dia datang bila dipanggil.
Betul: Dia datang apabila dipanggil.

30. Salah: Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.
Betul: Semoga Allah mencucurkan rahmat ke atas rohnya.

31. Salah: Dia memandang kepada saya.
Betul:
 Dia memandang saya.

32. Salah: Dia memberi pelajaran kepada anaknya.
Betul: Dia memberikan pelajaran kepada anaknya.

33. Salah: Ahmad telah membesar perniagaannya.
Betul: Ahmad telah membesarkan perniagaannya.

34. Salah: Oleh kerana itu, masalah ini harus diselesaikan segera.
Betul: Oleh sebab itu, masalah ini harus diselesaikan segera.

35. Salah: Silalah datang ke rumah saya pada bila masa.
Betul: Silalah datang ke rumah saya pada bila-bila masa.

36. Salah: Pilihlah mana yang sesuai.
Betul: Pilihlah mana-mana yang sesuai.

37. Salah: Ambillah apa yang anda suka.
Betul: Ambillah apa-apa yang anda suka.

38. Salah: Letaklah di mana yang sesuai.
Betul: Letaklah di mana-mana yang sesuai.

39. Salah: Anda berasal daripada mana?
Betul: Anda berasal dari mana?

40. Salah: Mereka-mereka yang tidak membayar denda akan ditangkap.
Betul: Mereka yang tidak membayar denda akan ditangkap.

Siri 1- Apitan me-kan dan men-i, di-kan dan di-i


Perkataan: Memagar
Maksud: membuat pagar atau memasang pagar.
Ayat:Dia memagar kawasan rumahnya dengan kawat berduri.

Perkataan: Memagarkan:
Maksud : menjadikan sesuatu sebagai pagar.
Ayat: Dia memagarkan kawat berduri di sekeliling kawasan rumahnya.

Perkataan: Memagari
Maksud: mengelilingi sesuatu.
Ayat: Kawat berduri memagari kawasan di sekeliling rumahnya.
Perkataan: dipagar
Maksud: pagar dibuat atau dipasang di sesuatu tempat atau kawasan
Ayat: Kawasan rumahnya dipagar dengan kawat berduri.

Perkataan: dipagarkan:
Maksud : sesuatu dijadikan sebagai pagar.
Ayat: Kawat berduri dipagarkan di sekeliling kawasan rumahnya.

Perkataan: dipagari
Maksud: Sesuatu kawasan atau tempat dipagari
Ayat: Kawasan di sekeliling rumahnya dipagari oleh kawat berduri.

Back to Top